Konfederasi Byeonhan | |
---|---|
Hangul | 변한 atau 변진 |
Hanja | 弁韓 atau 弁辰 |
Perumian Semakan | Byeonhan atau Byeonjin |
McCune–Reischauer | Pyŏnhan atau Pyŏnjin |
Byeonhan (Hangul: 변한 ; Hanja: 弁韓 ; RR: Byeonhan, sebutan bahasa Korea: [pjʌn.ɦan]; Jawi: بيونهان ), juga dikenali sebagai Byeonjin,[1] (Hangul: 변진 ; Hanja: 弁辰 ; RR: Byeonjin, sebutan bahasa Korea: [pjʌn.dʑin]; Jawi: بيونجين ) ialah sebuah gabungan chiefdom yang wujud sejak sekitar awal Masihi hingga abad ke-4 di semenanjung Korea selatan. Byeonhan ialah salah satu Samhan (atau "Tiga Han"), bersama dengan Mahan dan Jinhan.[2]