Dalam bidang geografi, kuala ialah pertemuan dua atau lebih badan air. Berbeza sekali dengan legeh, kuala biasanya memaksudkan titik bersambungnya anak sungai dengan sebatang sungai yang lebih besar, iaitu aliran umum, yang mana sungai besar itu jugalah sungai yang tertinggi tertibnya di lembangan saliran.
Istilah kuala juga memaksudkan pertemuan badan air berpasang surut atau bukan sungai, seperti dua batang terusan[1] or a canal and a lake.[2] Di New Orleans, terdapat sebahagian Terusan Perindustrian yang sepanjang sebatu (1.6 km) yang menampung Jalan Air Intrapantai Teluk dan Terusan Sungai Mississippi-Alur Keluar Teluk; maka di situ berkualanya ketiga-tiga jalan air tersebut.