Kustantiniyah

Kustantiniyah
قسطنطینیه
Κωνσταντινούπολις atau Κωνσταντινούπολη (Yunani) Constantinopolis (Latin)
Peta Kustantiniyah
Kustantiniyah yang terletak di Turki
Kustantiniyah
Lokasi di Turki
Nama alternatifByzantion, Miklagard/Miklagarth, Tsargrad, Basileuousa (Queen of Cities), Megalopolis (the Great City)
LokasiIstanbul, Wilayah Istanbul, Turki
WilayahThrake
Koordinat41°00′49″N 28°57′18″E / 41.01361°N 28.95500°E / 41.01361; 28.95500Koordinat: 41°00′49″N 28°57′18″E / 41.01361°N 28.95500°E / 41.01361; 28.95500
JenisKota empayar
Luas6 km2 (2.3 bt2) dipagari dalam Dinding Konstantaniah 14 km2 (5.4 bt2) dipagari dalam Dinding Theodosius
Sejarah
PembinaMaharaja Constantine Agung
Diasaskan330 SM
ZamanPurba Akhir hingga Zaman Pertengahan Akhir
BudayaRom, Byzantine
Peta Constantinople

Kustantiniyah (Bahasa Turki Uthmaniyah: قسطنطینیه Kostantiniyye, Latin: Constantinopolis, Yunani: Κωνσταντινούπολις atau singkatnya Πόλις, Polis, bahasa Inggeris: Constantinople) merupakan nama lama bagi Istanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan menjadi pusat pemerintahan empayar-empayar Rom dan Byzantium sebelum ditawan oleh kerajaan Empayar Uthmaniyah. Bandar ini pernah dikenali sebagai Byzantium tetapi dinamakan semula sempena Maharaja Constantinus I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarang Istanbul pada 1930[1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuan Atatürk untuk Turki.

Semasa zaman Empayar Byzantium, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaan Kristian Ortodoks. Kustantiniyah masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan Maharaja Justinian I, bangunan agung Hagia Sophia dibina.

Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinopolis/Kustantiniyah. Baginda sultan kemudiannya telah membina semula bandar ini yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Empayar Uthmaniyah dari 1453 hingga 1922.


Kustantiniyah

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne