Kwasa Damansara
桂莎白沙罗 | |
---|---|
Bandar | |
Lokasi di Selangor dan Semenanjung Malaysia | |
Koordinat: 3°10′N 101°34′E / 3.167°N 101.567°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Mula bina | 2012 |
Keluasan | |
• Jumlah | 9.39 km2 (3.63 batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Laman sesawang | kwasaland |
Kwasa Damansara merupakan sebuah bandar baru terletak di kawasan parlimen Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di arah utara dari Kota Damansara dan arah selatan dari Sungai Buloh. Projek pembangunan dijangka akan berlangsung lebih dari 20 tahun dari tahun 2015 dan kini sedang dalam proses pembangunan dan pembinaan. Bandar ini merupakan sebahagian daripada Projek Pelan Strategik Metropolitan Kuala Lumpur di dalam Rancangan Malaysia ke-10.[1]