Kylie Minogue

Kylie Minogue

Kylie Minogue mengadakan persembahan di Golden Tour pada 2018.
Kelahiran
Kylie Ann Minogue

(1968-05-28) 28 Mei 1968 (umur 56)
KerakyatanAustralia, British[1]
PekerjaanPelakon, Penyanyi, Penulis lagu, Penari
TelevisyenNeighbours, The Henderson Kids, Doctor Who, The Kylie Show
SaudaraDannii Minogue (adik)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Laman sesawang
kylie.com

Kylie Ann Minogue, OBE (lahir 28 Mei 1968), juga dikenali sebagai Kylie, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan penari Australia. Beliau menerima pengharagaan lakonan dalam drama lipur lara Australia Neighbours, yang mana beliau melakonkan watak seorang mekanik tomboi Charlene Robinson. Muncul dalam siri itu selama dua tahun, watak beliau mengahwini Scott Robinson (Jason Donovan) di dalam episod siri itu telah ditonton oleh hampir 20 juta orang di United Kingdom menjadikannya salah satu episod TV Australia yang paling ditonton.[5] Sejak itu, Minogue telah menjadi artis rakaman dan meraih kejayaan komersial dalam industri. Minogue telah diiktiraf dengan beberapa gelaran kehormat termasuk "Puteri Pop" dan "Dewi Pop". Beliau telah diiktiraf sebagai artis Australia paling laris sepanjang zaman oleh Persatuan Industri Rakaman Australia (ARIA).

Dilahirkan dan dibesarkan di Melbourne, Australia, Minogue yang sudah bertahun bekerja dan tinggal di London. Beliau menandatangani dengan PWL pada 1987 dan melancarkan album studio pertamanya Kylie pada tahun berikutnya. Pada 1992, beliau meninggalkan PWL dan menandatangani bersama Deconstruction Records dan di mana beliau muncul dengan album studio berjudul sendiri dan Impossible Princess, yang kedua-duanya menerima ulasan positif dari pengkritik. Kembali ke muzik berorientasikan tarian arus perdana, Minogue menandatangani kontrak bersama Parlophone dan melancarkan "Spinning Around".[6] Single beliau "Can't Get You Out of My Head" (2001) menjadi salah satu single paling berjaya pada 2000an, terjual sebanyak 10 juta unit. Ia telah diiktiraf sebagai "lagu tandatangan" beliau dan dinamakan sebagai "lagu paling rancak" Yahoo! Music.[7][8] Album beliau Fever (2001) menjadi hits di kebanyakan negara, termasuk Amerika Syarikat. Sepanjang kerjayanya, Minogue telah mengeluarkan beberapa singlenya yang paling berjay, termasuk "I Should Be So Lucky", "The Loco-Motion", "Especially for You", "Hand on Your Heart", "Better the Devil You Know", "Confide in Me", "Spinning Around", "Slow", "2 Hearts" dan "All The Lovers".

Pada 2005, sewaktu terlibat dalam Showgirl: The Greatest Hits Tour, beliau telah disahkan menghidap kanser payudara. Selepas menjalani rawatan, beliau meneruskan jelajah itu dengan nama Showgirl: The Homecoming Tour, di mana pengkritik mengulasnya sebagai "batu loncatan".[9] Minogue meneruskan kerjaya lakonannya dan muncul dalam filem Moulin Rouge! (2001), Jack & Diane, dan Holy Motors (2012). Pada 2014, beliau muncul sebagai juri dalam musim ketga rancangan The Voice UK dan The Voice Australia. Cabang beliau yang lain termasuk mengendors produk, buku kanak-kanak dan fesyen.

Sehingga 2015, Minogue mempunyai jualan rekod sedunia melebihi 80 juta.[10][11] Beliau telah mendaki beberapa konsert jelajah dunia dan menerima Anugerah Mo untuk "Penghibur Australia Tahun Ini" untuk persembahan secara langsung beliau. Beliau telah dianugerahkan OBE oleh Ratu Elizabeth II dan diberikan pingat oleh Charles, Putera Wales pada 2008. Beliau telah dilantik oleh kerajaan Perancis sebagaj Chevalier (kesatria) Ordre des Arts et des Lettres atas sumbangannya kepada kebudayaan Perancis. Minogue telah dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Sains Kesihatan (D.H.Sc.) oleh Universiti Anglia Ruskin atas usahanya meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara. Pada November 2011, sempena ulang tahun ke-25 Anugerah Muzik ARIA, beliau telah diiktiraf oleh Persatuan Industri Rakaman Australia menerusi Dewan Kemasyhuran ARIA.[12] Pada Disember 2016, Billboard menyenaraikan beliau sebagai artis tarian ke-18 paling berjaya sepanjang zaman.[13]

  1. ^ Music Rich List 2015: Where are Paul McCartney, Kylie and One Direction placed - digitalspy.com, 2016
  2. ^ Shuker, Roy (2012). Understanding Popular Music Culture (ed. 4th). Routledge. m/s. 99. ISBN 978-0-41551-713-3.
  3. ^ Cairns, Dan (1 February 2009). "Synth pop: Encyclopedia of Modern Music". The Times. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2011. Dicapai pada 11 June 2012.
  4. ^ "Kylie Minogue – Aphrodite (Review)". Urb.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2011. Dicapai pada 11 June 2012.
  5. ^ "BARB Since 1981". Broadcasters' Audience Research Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2012. Dicapai pada 21 January 2013.
  6. ^ "Kylie officially honoured as UK's queen of singles!". Official Charts. 1 June 2012. Dicapai pada 11 December 2013.
  7. ^ Burke, Robert (1 September 2009). "Biggest Selling Singles Since The Year 2000". Yahoo! Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-17. Dicapai pada 13 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Lay, Kat (17 October 2013). "Why you can't get that tune out of your head . . ". The Times. News UK. Dicapai pada 18 October 2013.
  9. ^ Sams, Christine (12 November 2006). "Feathered Kylie's fans tickled pink". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 9 May 2008.
  10. ^ "Kylie and Danni – 100 Degrees Performance". X Factor Australia. Yahoo! Music. 24 November 2015. Dicapai pada 25 November 2015.
  11. ^ "Kylie and Dannii Minogue reunite for disco duet". New Zealand Herald. 24 November 2015. Dicapai pada 25 November 2015.
  12. ^ McCabe, Kathy (25 November 2011). "Prime Minister Julia Gillard to honour pop princess Kylie Minogue". Daily Telegraph (Australia). Dicapai pada 22 July 2015.
  13. ^ http://www.billboard.com/charts/greatest-top-dance-club-artists

Kylie Minogue

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne