Laksamana Admiral | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman | ||||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut Jerman | ||||||
Singkatan | Adm | ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera | ||||||
Pangkat | Empat bintang | ||||||
Diperkenalkan | 1956 | ||||||
Kod NATO |
OF-9 | ||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | General |
Admiral, singkatan Adm, (bm: Laksamana) adalah pangkat pegawai berbendera paling tinggi dalam Tentera Laut Jerman. Ia bersamaan dengan pangkat Jeneral (Jerman) dalam Tentera Darat Jerman atau Tentera Udara Jerman. Didalam Pasukan Perubatan Pusat tidak ada persamaan pangkat. Dalam Tentera Laut Jerman Laksamana adalah, seperti dalam banyak tentera laut, sejenis pangkat empat bintang dengan kod NATO OF-9. Pada masa ini terdapat seorang laksamana dalam Tentera Laut Jerman, Laksamana Manfred Nielson, bertugas sebagai Timbalan Panglima Tertinggi Transformasi Bersekutu di Norfolk, Virginia.
Bagaimanapun, di angkatan laut yang bertutur bahasa Jerman, contohnya Tentera Laut Imperial Jerman, Reichsmarine, Kriegsmarine, Volksmarine, dan K.u.K. Kriegsmarine Austria-Hungary, Laksamana merupakan seorang pegawai berpangkat tiga bintang OF-8.