Lambang India | |
---|---|
Butiran | |
Jenis | Jata negara |
Pemegang/ pembawa | Republik India |
Diterima pakai | 26 Januari 1950 |
Cogan kata | Satyameva Jayate ("Kebenaran sahaja kemenangan") (dari "Mundaka Upanishad", sebahagian daripada Hindu Vedas) |
sunting · sunting di Wikidata |
Lambang Negara India mengadaptasi daripada rekaan suatu hiasan hulu sebuah tiang didirikan Asoka dari 250 SM di Sarnath, yang kini dipelihara di Muzium Sarnath dekat Varanasi, India. Ia pada mulanya diguna sebagai lambang Kesatuan India pada Disember 1947.[1] Versi terkini lambang itu telah diterima secara rasmi pada 26 Januari 1950, hari ketika India menjadi republik.[2]