Landak kecil Julat zaman:
| |
---|---|
Landak susu Eropah | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Eulipotyphla |
Keluarga: | Erinaceidae |
Subkeluarga: | Erinaceinae G. Fischer, 1814 |
Genus jenis | |
Erinaceus Linnaeus, 1758
| |
Genus | |
Landak susu atau landak kecil ialah mamalia berduri daripada subkeluarga Erinaceinae,[1] dalam keluarga eulipotifla Erinaceidae. Terdapat tujuh belas spesies landak susu dalam lima genus yang ditemukan di seluruh bahagian Eropah, Asia dan Afrika, dan di New Zealand melalui perkenalan. Tiada landak susu yang berasal dari Australia dan tiada spesies hidup yang berasal dari Amerika. Namun, genus pupus Amphechinus pernah wujud di Amerika Utara.