Laut Sibuyan | |
---|---|
Lokasi | Bicol, Mimaropa dan Visayas Barat, Filipina |
Jenis | sea |
Laut Sibuyan merupakan laut yang terletak di Filipina yang memisahkan Visaya daripada Pulau Luzon yang terletak di utara Filipina.
Ia bersempadan dengan pulau Panay di selatan, Mindoro di barat, Masbate di timur, Marinduque di utara dan Semenanjung Bicol Pulau Luzon.
Laut Sibuyan dihubungkan ke Laut Sulu melalui Selat Tablas di barat, Laut China Selatan melalui Laluan Isla Verde di barat laut, dan Laut Visaya melalui Saluran Jintotolo di selatan-timur. Kepulauan Romblon terletak di Laut Sibuyan.
Pertempuran Laut Sibuyan telah berlaku di sini pada 24 Oktober 1944 di mana kapal perang Musashi milik Jepun tenggelam dan mengalami pelbagai kerosakan yang lain.