Lee Chean Chung AP | |
---|---|
李健聪 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Petaling Jaya, Selangor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Maria Chin Abdullah |
Majoriti | 50,575 (PRU-15) |
Pengarah Komunikasi PKR | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Menyandang jawatan 2022 | |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Semambu | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Pang Tsu Ming |
Digantikan oleh | Chan Chun Kuang |
Majoriti | 5,511 (PRU-14) 3,200 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuantan, Pahang, Malaysia | 11 April 1981
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Multimedia University Malaysia University of Science and Technology (MUST) National University of Singapore |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Laman web | PJLestari |
Yang Berhormat Tuan Lee Chean Chung [1](Cina ringkas: 李健聪 ; Cina tradisional: 李健聰 ; pinyin: Lǐ Jiàn Cōng) (lahir 11 April 1981) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya. Di peringkat parti beliau ialah Pengarah Komunikasi PKR, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ketua PKR Indera Mahkota.
Sebelum itu, beliau pernah menjawat beberapa jawatan di dalam KEADILAN, termasuklah Bendahari Agung KEADILAN (2018 - 2022), Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (2014 - 2018), dan Naib Ketua AMK PJ Utara (2008 - 2012). Malah, beliau turut berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik Pejabat Ketua Pembangkang (2008-2011). Selain pengalaman politik di dalam KEADILAN, beliau pernah dilantik sebagai Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Kuantan pada 2019.