Leping | |
---|---|
Kronologi | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Sinonim | Perm Akhir/Atas |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | DKP konodon Clarkina postbitteri postbitteri |
Sempadan bawah GSSP | Keratan Penglaitan, Laibin, Guangxi, China 23°41′43″N 109°19′16″E / 23.6953°N 109.3211°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 2004[1] |
Takrif sempadan atas | DKP konodon Hindeodus parvus. |
Sempadan atas GSSP | Meishan, Zhejiang, China 31°04′47″N 119°42′21″E / 31.0798°N 119.7058°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 2001[2] |
Leping merupakan nama untuk siri teratas/epok terakhir dalam tempoh Perm.[3] Ia merupakan epok terakhir pada era Paleozoik. Epok Leping didahului oleh epok Guadalup dan diikuti oleh epok Trias Awal.
Epok Leping selalunya sinonim dengan istilah tidak rasmi Perm Akhir atau Perm Atas.
Nama ini diperkenalkan oleh Amadeus William Grabau pada tahun 1931 dan berasal dari Leping, Jiangxi di China.[4] Ia terdiri daripada dua peringkat/usia. Peringkat pertama ialah peringkat Wuchiaping dan yang kedua ialah peringkat Changhsing.[5]
Carta Kronostratigrafi Antarabangsa (v2018/07)[3] memberikan umur berangka 259.1±0.5 juta tahun dahulu (jtd) untuk epok ini. Jika Bahagian dan Titik Stratotaip Sempadan Global (GSSP) telah diluluskan, sempadan bawah peringkat terawal menentukan umur berangka sesuatu epok. GSSP untuk peringkat Wuchiaping mempunyai umur berangka 259.8 ± 0.4 jtd.[6][7]
Bukti daripada kitaran Milankovitch menunjukkan bahawa tempoh hari Bumi pada epok ini adalah kira-kira 22 jam.[8]
<ref>
tidak sah, nama "Chart" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza