Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Liabiliti ketat secara ringkas menjelaskan berkaitan konsep tanggungan keras yang terdapat dalam undang-undang jenayah di England dan digunapakai di negara-negara jajahan British sebelum kemerdekaan, Malaysia dan Singapura ini. Menurut undang-undang jenayah, terdapat dua (2) unsur yang membolehkan seseorang itu disabitkan dan dihukumkan atas suatu jenayah atau kesalahan di sisi undan-undang iaitu actus reus (perbuatan) dan juga mens rea (niat). Walaubagaimanapun, undang-undang jenayah juga telah menetapkan satu bentuk kaedah yang membolehkan seseorang itu disabitkan dengan sesuatu kesalahan tanpa dengan adanya unsur mens rea (niat) itu.
Maka berdasarkan itu, liabiliti ketat[1] dibolehkan bagi beberapa kesalahan-kesalahan yang tertentu. Oleh yang demikian, bagi mensabitkan kesalahan di bawah tanggungan keras, mahkamah hanya perlu membuktikan bahawa wujud unsur actus reus sahaja. Dengan kata yang lebih mudah, apabila wujud sahaja actus reus, maka sudah memadai bagi mahkamah mengenakan hukuman pada seseorang itu.