Linkin Park

Linkin Park
Linkin Park beraksi di Berlin mempromosikan A Thousand Suns, 25 Oktober 2010. Dari kiri ke kanan: Joe Hahn, Dave Farrell, Brad Delson, Mike Shinoda, Rob Bourdon dan Chester Bennington
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
  • Xero (1996–99)
  • Hybrid Theory (1999)
Berasal dariAgoura Hills, California, Amerika Syarikat
Genre
Tahun aktif1996–2017, 2020–kini
Syarikat rakaman
  • Warner Bros. Records
  • Machine Shop Records
Pengkarya berkait
  • Jay Z
  • Steve Aoki
  • Daron Malakian
  • Tom Morello
  • Rakim
  • Kiiara
Laman sesawang
linkinpark.com
AhliRob Bourdon
Brad Delson
Mike Shinoda
Dave Farrell
Joe Hahn
Bekas ahliMark Wakefield
Kyle Christner
Chester Bennington

Linkin Park ialah sebuah kugiran rock/nu metal Amerika Syarikat yang berasal dari Agoura Hills, California. Kugiran ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan meningkat kepada kemasyhuran antarabangsa dengan album sulung mereka Hybrid Theory (2000) yang menerima pensijilan Berlian oleh RIAA pada tahun 2005 dan multi-platinum di beberapa negara lain.[1][2] Ahli terkini Linkin Park ialah Mike Shinoda, Brad Delson, Dave Farrell, Rob Bourdon, dan Joe Hahn, manakala bekas ahlinya ialah Chester Bennington dan Mark Wakefield. Linkin Park pernah menggunakan nama "Xero" dan "Hybrid Theory", yang menjadi tajuk album debutnya, sebelum mengganti nama menjadi "Linkin Park".

Dengan menyesuaikan Nu Metal dan Rap Metal kepada gaya lagi padat berlapis mesra radio dalam Hybrid Theory (2000) dan Meteora (2003),[3][4][5] Kugiran itu meneroka genre lain yang lebih ke arah rock alternatif berbanding Nu Metal pada album sebelumnya dalam album studio mereka yang ketiga, Minutes to Midnight (2007).[6][7] Album-album mereka mengungguli carta Billboard dan mempunyai debut ketiga terbaik minggu mana-mana album tahun itu.[8][9] Kugiran ini terus meneroka variasi jenis muzik yang lebih luas dalam album keempat mereka, A Thousand Suns (2010), lapisan muzik mereka dengan bunyi yang lebih kearah Electronic Rock yang padat dengan bunyi eletronik. album mereka yang kelima, Living Things (2012), menggabungkan unsur-unsur muzik dari semua rekod mereka sebelum ini. Pada album keenam mereka pula, The Hunting Party (2014), memperlihatkan mereka kembali ke arah bunyi rock yang lebih berat & menjadi album pertama mereka berkolaborasi dengan artis lain seperti Rakim, Tom Morello & Daron Malakian dalam album ini. Pada tahun 2017 mereka telah kembali dengan mencuba genre baru kali ini dengan membawa genre Pop Rock & Pop dalam album ketujuh mereka One More Light (2017).[10] Band ini telah bekerjasama dengan beberapa artis lain, terutamanya dengan rapper Jay Z dalam mashup EP mereka Collision Course, dan lain-lain lagi dalam album adunan semula Reanimation dan Recharged. Pada 20 Julai 2017, vokalis Chester Bennington meninggal dunia kerana dipercayai membunuh diri di kediamannya.[11]

Pada 2003, MTV2 menamakan Linkin Park kugiran keenam terbesar dalam era video muzik dan yang ketiga terbaik di alaf baru.[12] Billboard menyenaraikan Linkin Park No. 19 di carta Best Artists of the Decade.[13] Pada tahun 2012, band itu dipilih sebagai artis paling hebat dalam tahun 2000an dalam tinjauan pendapat Bracket Madness di VH1.[14] Pada 2014, kugiran ini diisytihar sebagai Biggest Rock Band in the World Right Now oleh Kerrang!.[15][16] Linkin Park telah menjual lebih 70 juta album di seluruh dunia dan telah memenangi dua Anugerah Grammy.[17][18][19]

Linkin Park kini dalam pengunduran selama tidak terbatas sejak vokalis Bennington membunuh diri pada Julai 2017, dan belum membuat rancangan untuk meneruskan dengan vokalis baru, meninggalkan masa depan Kugiran ini yang tidak menentu.

  1. ^ Recording Industry Association of America, RIAA Record Sales. Retrieved June 13, 2007
  2. ^ Zahlaway, Jon (April 2, 2003). "Linkin Park's 'Meteora' shoots to the top". Soundspike: Album Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada May 4, 2009. Dicapai pada June 14, 2013.
  3. ^ Sinclair, Tom (March 28, 2003). "Meteora (2003)". Entertainment Weekly. Music Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-15. Dicapai pada October 19, 2007.
  4. ^ MSN Music, Linkin Park: Biography Diarkibkan 2008-05-14 di Wayback Machine. Retrieved June 14, 2007
  5. ^ Wilson, MacKenzie. "allmusic ((( Linkin Park > Overview )))". Allmusic. Dicapai pada October 28, 2008.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama No new
  7. ^ Powers, Ann (May 15, 2007). "Remember where you're from". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2011. Dicapai pada June 14, 2013.
  8. ^ Billboard.com, M2M holds the top slot for the current week. Retrieved May 28, 2007
  9. ^ Billboard.com, Linkin Park Scores Year's Best Debut With 'Midnight'. Retrieved May 28, 2007
  10. ^ Blistein, Jon. "Linkin Park Preview New Album With Anthemic Song 'Heavy'". Rolling Stone. Dicapai pada March 5, 2017.
  11. ^ Grow, Cory. "Chester Bennington, Linkin Park Singer, Dead at 41". Rolling Stone. Dicapai pada July 20, 2017.
  12. ^ Negri, Andrea (October 10, 2003). "22 greatest bands? Something 2 argue about". Houston Chronicle.
  13. ^ Billboard Artists Of The Decade, [1]. Retrieved August 15, 2011.
  14. ^ "BRACKET MADNESS: Linkin Park Is The Greatest Artist Of The 00s". September 6, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2013. Dicapai pada June 28, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Emily The 60 Biggest Rock Band in the World Right Now Kerrang! October 5, 2014. Retrieved October 20, 2014.
  16. ^ Linkin Park Are the 'Biggest Rock Band in the World Right Now' Ultimate Guitar August 28, 2014. Retrieved October 20, 2014.
  17. ^ "Linkin Park bringing rock 'brotherhood' to Indianapolis". Dicapai pada January 18, 2015.
  18. ^ "Mike Shinoda - Celebrating Achievement Through Technology". Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2013. Dicapai pada July 12, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Linkin Park Headlines 2014 Download Festival

Linkin Park

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne