Lou Henry Hoover | |
---|---|
Wanita Pertama Amerika Syarikat | |
Dalam peranan 4 Mac 1929 – 4 Mac 1933 | |
Presiden | Herbert Hoover |
Didahului oleh | Grace Coolidge |
Digantikan oleh | Eleanor Roosevelt |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lou Henry 29 Mac 1874 Waterloo, Iowa, A.S. |
Mati | 7 Januari 1944 Bandar New York, New York, A.S. | (umur 69)
Tempat semadi | Perpustakaan dan Muzium Presiden Herbert Hoover |
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Herbert Hoover (k. 1899) |
Anak | |
Pendidikan | Universiti California, Los Angeles San José State University (DipEd) Universiti Stanford (BA) |
Tandatangan | |
Lou Henry Hoover (29 Mac 1874 - 7 Januari 1944) adalah isteri Presiden Amerika Syarikat Herbert Hoover dan berkhidmat sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat dari tahun 1929 hingga 1933.
Berkahwin dengan suami yang merupakan seorang ahli geologi dan jurutera perlombongan pada tahun 1899, beliau mengembara bersama, termasuk ke Shanghai, China, dan menjadi sarjana dan ahli bahasa. Beliau membuat kajian menyeluruh mengenai bahasa termasuk bahasa Latin, Mandarin Cina, Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis, dan merupakan satu-satunya Wanita Pertama yang mampu bertutur bahasa Asia. Beliau adalah Wanita Pertama yang pertama mengadakan siaran radio ke seluruh negara.
Sebagai Wanita Pertama, beliau menghentikan sambutan Hari Tahun Baru, satu sambutan rumah terbuka tahunan yang telah dimulakan oleh Abigail Adams pada tahun 1801.
Lou Henry Hoover meninggal dunia akibat serangan jantung di New York pada 7 Januari 1944. Beliau ditemui mati di bilik tidurnya oleh suaminya, yang datang untuk mengucup sebelum tidut. Beliau pada asalnya dikebumikan di Palo Alto, California. Suaminya terlalu sedih akibat kematiannya dan tidak pernah berkahwin semula.[1] Berikutan kematian Herbert pada tahun 1964, dia dipindahkan ke sebelah presiden di West Branch, Iowa.