Kerajaan Maghribi كراجاءن مغربي المملكة المغربية Al-Mamlakah al-Maghribīyyah ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmaɣrib | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: الله، الوطن، الملك (Arab) "Allāh, Al-Waṭan, Al-Malik" (transliterasi) "Allah, Negara, Raja" | |||||
Lagu kebangsaan: Al-Nasyid al-Syarif | |||||
Ibu negara | Rabat 34°02′N 6°51′W / 34.033°N 6.850°W | ||||
Bandar terbesar | Casablanca | ||||
Bahasa rasmi | Arab (Arab Maghribi adalah dialek utama) Bahasa Barbar (Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol juga digunakan) | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan | ||||
• Raja | Moḥammed VI (محمد السادس, ⵎⵓⵃⵎⵎⴷ ⵡⵉⵙⵙ ⵚⴹⵉⵚ) | ||||
Aziz Akhannouch (عزيز أخنوش, ⵄⴰⵣⵉⵣ ⴰⵅⵏⵓⵛ) | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 710,850 km2 (274,460 bt2) or 446,550 km2[b] (ke-40 atau ke-57) | ||||
diabaikan | |||||
Penduduk | |||||
• Bancian Penduduk 2019 | 35,261,311[1] | ||||
73.1/km2 (189.3/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $324.389 bilion[2] | ||||
$9,198[3] | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $200.29 bilion[4] | ||||
$5,679[5] | |||||
HDI (2019) | 0.741[6] tinggi | ||||
Mata wang | Dirham Maghribi ( MAD ) | ||||
Zon waktu | UTC (GMT[7]) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+1 (GMT+1 (DST digantung sewaktu Ramadan) [8]) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +212 | ||||
Kod ISO 3166 | MA | ||||
DPT internet | .ma | ||||
Semua data tidak termasuk Sahara Barat, kebanyakannya masih dibawah de facto kawalan pentadbiran Orang Maghribi. |
Maghribi (Jawi: مغربي - Arab: المملكة المغربية, rumi: Al-Mamlakat al-Maghribīyah ; bahasa Amazigh piawai Maghribi: ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmeghrib) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean.
Maghribi memiliki populasi lebih dari 35 juta orang, dengan keluasan 446,550 km2. Ibu kotanya ialah Rabat dan kota terbesarnya adalah Casablanca.[9] Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Namun begitu, kawasan dan sempadan selatannya mengalami pertikaian wilayah; Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.
Maghribi ialah sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, dan merupakan sebuah negara Islam secara rasmi. Maghribi ialah ahli sebilangan persatuan sedunia, termasuk Liga Arab, Kesatuan Afrika, Kesatuan Arab Maghrib, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.