Maharaja Empayar Korea | |
---|---|
대한제국의 황제 大韓帝國의 皇帝 | |
Empayar | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda |
Penyandang pertama | Gojong |
Penyandang terakhir | Sunjong |
Pembentukan | 12 Oktober 1897 |
Pemansuhan | 29 Ogos 1910 |
Persemayaman | Deoksugung, Changdeokgung |
Penuntut takhta | Yi Won |
Maharaja Korea (Hangul: 대한제국의 황제 ; Hanja: 大韓帝國의 皇帝 ; Jawi: مهاراج ايمڤاير كوريا ) ialah gelaran ketua negara Empayar Korea antara tahun 1897 dan 1910. Ia didirikan dengan pelantikan Gojong,[1] pada bulan November 1897, dan berakhir dengan penurunan takhta maharaja Sunjong pada 29 Ogos 1910. Pada tahun 1910, ketua Majlis Negara Gyeongsul diambil alih oleh Maharaja Jepun, dan ketua pemerintah diambil alih oleh Perdana Menteri Jepun Masatake Terauchi sebagai gabenor pertama Joseon.