Mahmud Abbas | |
---|---|
محمود عباس | |
Presiden Negara Palestin | |
Menyandang jawatan 23 November 2008 | |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | dirinya |
Jawatan pada nama saja | |
Dalam jawatan 8 Mei 2005 – Januari 2013 | |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Yasser Arafat |
Digantikan oleh | dirinya |
Presiden Pihak Berkuasa Palestin ke-2 | |
Menyandang jawatan 15 Januari 2005 | |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Yasser Arafat |
Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin | |
Dalam jawatan 19 Mac 2003 – 6 September 2003 | |
Presiden | Yasser Arafat |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Ahmed Qurei |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mahmud Reda Abbas محمود رضا عباس 26 Mac 1935 Safed, Palestin Bermandat |
Kewarganegaraan | Palestin |
Parti politik | Fatah |
Pasangan | Aminah Abbas |
Mahmud Abbas (Arab: محمود عباس , dikenali sebagai Abu Mazen, ابو مازن; dieja juga dengan Mahmoud Abbas, lahir 26 Mac 1935) ialah presiden Negara Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin (PNA).[1] Beliau telah menjadi pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sejak 2004, Presiden PNA sejak Januari 2005, dan presiden Negara Palestin sejak Mei 2005. Abbas juga ialah anggota parti Fatah dan dipilih sebagai pengerusi pada 2009.
Abbas dipilih pada 9 Januari 2005 untuk berkhidmat sebagai Presiden Badan Penguasa Palestin sehingga 15 Januari 2009, tetapi dilanjutkan tempohnya sehingga pilihan raya seterusnya pada 2010, mengikut perlembagaan PLO, dan pada 16 Disember 2009 beliau telah diundi ke jawatan tersebut oleh Majlis Pusat PLO. Akibatnya, saingan utama Fatah, Hamas, pada permulaannya mengumumkan tidak akan mengiktiraf pelanjutan jawatan atau memandang Abbas sebagai presiden yang sah.[2][3][4] Namun begitu, jawatan yang disandang Abbas diiktiraf secara antarabangsa, dan Hamas dan Fatah mengendalikan sejumlah rundingan dalam tahun=tahun berikutnya,[5] membawa kepada sebuah persetujuan pada April 2014 bagi membentuk Kerajaan Perpaduan (yang bertahan hingga Oktober 2016) dan mengiktiraf jawatannya oleh Hamas.[6] Abbas juga dipilih sebagai Presiden Negara Palestin oleh Majlis Pusat PLO pada 23 November 2008, sebuah jawatan yang secara tidak rasmi disandang beliau sejak 8 Mei 2005.[7]
Abbas berkhidmat sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin pertama dari Mac hingga September 2003.[8] Sebelum dinamakan sebagai Perdana Menteri, Abbas mengetuai Jabatan Hal Ehwal Rundingan PLO. Beliau pernah dituduh memutarbelitkan sejarah Yahudi dan telah dikecam sebagai penafi Holokus disebabkan kenyataannya yang banyak sepanjang tahun.[9]
Dia menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO sejak 11 November 2004, selepas Yasser Arafat meninggal dunia. Semasa Pihak Berkuasa Palestin dikuasai oleh Hamas lantaran pilihan raya umum Palestin 2006, Abbas sering dilihat sebagai pihak bersekongkol dengan Israel dan kuasa Barat.
Pada 15 Januari 2006 dia mengistihar bahawa walaupun Gaza tidak aman, dia tidak akan menukar tarikh pilihan raya (25 Januari), kecuali jika Israel memutuskan untuk menghalang rakyat Palestin di Jerusalem Timur dari mengundi [10].Hamas memenangi majoriti undi dalam Majlis Perundangan Palestin dalam pilihan raya ini [11].
Abbas kemudiannya cuba merampas kuasa dengan memaksa Hamas menyerahkan senjata dan menangkap beberapa orang pemimpin Hamas. Hamas kemudiannya membuat kejutan dengan membuat serangan balas. Pada 14 Julai 2007, Abbas telah melucutkan jawatan Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan kabinetnya selepas Hamas berjaya menguasai seluruh Genting Gaza melalui serangan bersenjata. Beliau melantik Salam Fayyad (bebas) sebagai Perdana Menteri baru. Berikutan tindakan itu, Amerika Syarikat telah menghentikan sekatan bantuan kepada penduduk Palestin.
Kini Tebing Barat Palestin dikuasai Fatah melalui Pihak Berkuasa Palestin manakala Genting Gaza dipegang oleh Hamas.