Maimonides

Moshe ben Maimon
משה בן מימון
Maimonides
Rambam
KelahiranMac 30, 1135 (atau Mac 10[1])
Meninggal duniaDisember 13, 1204(1204-12-13) (umur 69)
Sekolahfalsafah Yahudi, undang-undang Yahudi, etika Yahudi

Abu Imran Musa bin ʿUbaidallah Maimun al-Qurtubi (Arab: أَبُو عَمْرَان مُوسَى بْن مَيْمُون بْن عُبَيْد ٱللّٰه ٱلْقُرْطُبِيّ, rumi: Abū ʿImrān Mūsā bin ʿUbaidallāh Maimūn al-Qurṭubī, 30 Mac 1135 1138–13 Disember 1204[6][7]) atau nama ringkasnya Musa bin Maimun (Arab: مُوسَى بْن مَيْمُون, rumi: Mūsā ibn Maymūn, Ibrani: משה בן מימון Moshe ben Maimon disingkatkan kepada רמב"ם Rambam[a], Yunani: Μωυσής Μαϊμονίδης Moses Maimonides disingkat kepada Maimonides) adalah filsuf Yahudi zaman Pertengahan yang cemerlang dan salah seorang sarjana pentafsir isi kitab Taurat terhebat pada zamannya. Beliau bekerja sebagai seorang rabai, tabib, dan ahli falsafah di bawah kerajaan Murabitiyah merangkumi Andalusiyah (Sepanyol moden), Maghribi dan Mesir. Beliau mengalakkan dan mengembangkan tradisi falfasah Aristoteles bersama Ibnu Rushd yang sezaman lalu kededua mereka mendapat pengaruh hebat yang mengesan di Barat yang telah lama melupakan penulisan dan pemikiran filsuf itu selama berabad-abad. Albert yang Agung dan Thomas Aquinas antara pemikir Barat terkenal yang membaca tulisan beliau.

Semasa hayatnya, kebanyakan orang Yahudi menyambut baik tulisan Maimonides mengenai undang-undang Yahudi dan etika dengan pujian dan rasa syukur, bahkan sehingga ke Iraq dan Yaman. Namun, walaupun Maimonides menjadi pemimpin yang dihormati dalam komuniti Yahudi di Mesir, tulisannya sering ditegur ulas keras terutamanya oleh orang sebangsanya Sepanyol. Beliau meninggal dunia di Fustat, Mesir, beliau diceritakan telah dikuburkan di Tabariyah yang kini menjadi tempat ziarah dan pelancongan yang masyhur. Beliau diakui secara anumerta sebagai salah satu pemutus hukum dan ahli falsafah terkemuka dalam sejarah Yahudi, dan karya-karyanya yang banyak menjadi asas penting dalam ilmu pengetahuan Yahudi. Kitab tafsir ulang Taurat karangan beliau sebanyak empat belas jilid masih tinggi absahnya dalam pengkanunan hukum agama Yahudi.[8]

Selain dihormati oleh ahli sejarah Yahudi, Maimonides juga menjadi tokoh yang sangat terkenal dalam sejarah Islam dan sains Arab. Terpengaruh oleh Aristoteles, Al-Farabi, Ibnu Sina, dan rakan sezamannya Ibn Rushd, beliau menjadi seorang ahli falsafah dan serbatahu yang terkemuka dalam dunia Yahudi dan Islam.

  1. ^ a b Goldin, Hyman E. Kitzur Shulchan Aruch - Code of Jewish Law, Forward to the New Edition. (New York: Hebrew Publishing Company, 1961)
  2. ^ "H-Net".
  3. ^ "Maimonides Islamic Influences". Plato. Stanford.
  4. ^ Moses (1138-1204)
  5. ^ Isaac Newton: “Judaic monotheist of the school of Maimonides”
  6. ^ Bar Ilan CD-ROM
  7. ^ Maimonides (1135-1204) - ReligionFacts
  8. ^ Marder, Michael (11 November 2014). The Philosopher's Plant: An Intellectual Herbarium. New York: Columbia University Press. m/s. 97. ISBN 978-0-231-53813-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2021. Dicapai pada 20 September 2020.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Maimonides

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne