Mark Rutte | |
---|---|
Bakal Setiausaha Agung NATO | |
Dijangka mula menjawat 1 Oktober 2024 | |
Menggantikan | Jens Stoltenberg |
Perdana Menteri Belanda | |
Dalam jawatan 14 Oktober 2010 – 2 Julai 2024 | |
Raja | Beatrix Willem-Alexander |
Timbalan | Lihat senarai
|
Didahului oleh | Jan Peter Balkenende |
Digantikan oleh | Dick Schoof |
Ketua Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi di Dewan Perwakilan | |
Dalam jawatan 29 Jun 2006 – 14 Oktober 2010 | |
Didahului oleh | Jozias van Aartsen |
Digantikan oleh | Stef Blok |
Setiausaha Negara bagi Pendidikan, Kebudayaan dan Sains | |
Dalam jawatan 17 Jun 2004 – 27 Jun 2006 | |
Perdana Menteri | Jan Peter Balkenende |
Didahului oleh | Annette Nijs |
Digantikan oleh | Bruno Bruins |
Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Sosial dan Pekerjaan | |
Dalam jawatan 22 Julai 2002 – 17 Jun 2004 | |
Perdana Menteri | Jan Peter Balkenende |
Didahului oleh | Hans Hoogervorst |
Digantikan oleh | Henk van Hoof |
Anggota Dewan Perwakilan | |
Dalam jawatan 28 Jun 2006 – 14 Oktober 2010 | |
Dalam jawatan 30 Januari 2003 – 27 Mei 2003 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Den Haag, Belanda | 14 Februari 1967
Parti politik | Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi |
Kediaman | Den Haag, Belanda |
Tempat belajar | Universiti Leiden |
Laman web | Tapak web kerajaan |
Mark Rutte (Sebutan Belanda: [ˈmɑrk ˈrʏtə]; lahir 14 Februari 1967) ialah seorang ahli politik Belanda daripada Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi (VVD). Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Belanda dari 2010 hingga 2024, menjadikan beliau sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah politik Belanda selama 14 tahun.
Mark Rutte menjadi ketua VVD sejak 29 Jun 2006, selepas Jozias van Aartsen meletak jawatan.[1][2] Beliau menghadapi pilihan raya pertamanya pada 2006, namun partinya kehilangan enam kerusi berbandung pilihan raya lepas. Beliau bagaimanapun menjadi ketua Ketua Pembangkang. Selepas kejatuhan kabinet Perdana Menteri Jan Peter Balkenende, pilihan raya kilat diadakan. VVD mendapat paling banyak undi, memenangi 31 daripada 150 kerusi dalam Dewan Perwakilan. Selepas berunding beberapa lama bagi menubuhkan kerajaan campuran, Rutte menjadi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 14 Oktober.[3] Pada 23 April 2012, beliau meletak jawatan ini selepas kerajaannya gagal memecahkan kebuntuan terhadap perbincangan belanjawan jimat cermat.[4]