Markas Pemerintahan Udara | |
---|---|
Fail:RAF Air Command.png | |
Ditubuhkan pada | 1 April 2007 |
Negara | United Kingdom |
Cawangan | Tentera Udara Diraja |
Markas | Pangkalan RAF High Wycombe |
Moto | Fortis Ubique Volantis (Berani Terbang Dimana jua) |
Markas Pemerintahan Udara atau Headquarters Air Command ialah satu-satunya Markas yang kini aktif dalam Tentera Udara Diraja. Ia telah dibentuk oleh penggabungan Markas Tempur dan Anggota dan Latihan pada 1 April 2007, dan berpusat di pangkalan udara RAF High Wycombe, Buckinghamshire.
Markas Udara (Air Command) diperintah oleh Ketua Turus Udara. Asalnya, ia dibawah perintah Ketua Marsyal Udara empat bintang, Panglima Tertinggi, Markas Udara, tetapi struktur ini telah ditamatkan kerana Levine Report 2011. Ketua Turus Udara kekal memerintah sendiri formasi ini, berbeza dengan Tentera Laut Diraja (yang menugaskan kepada Panglima Armada) atau Tentera Darat British (yang menugaskan kepada Panglima Medan Tentera Darat). Terdapat dua Timbalan Panglima berpangkat Marsyal Udara. Timbalan Panglima (Operasi) bertanggungjawab bagi Grup yang diwarisi dari Markas Tempur, No. 1 Grup dan No. 2 Grup; Timbalan Panglima (Anggota) bertanggungjawab bagi Grup yang diwarisi dari Markas Anggota dan Latihan, No. 22 Grup (Latihan).