Dalam bidang ekonomi, masalah penumpang percuma berlaku apabila seseorang mendapat manfaat daripada sumber, barangan, atau perkhidmatan tanpa membayar untuknya.[1] Ini menyebabkan ketidakcukupan penyediaan atau bekalan bagi barangan atau perkhidmatan. Masalah penumpang percuma adalah persoalan bagaimana untuk mengehadkan orang mendapatkan secara percuma dan kesan negatif keadaan ini. Masalah penumpang percuma boleh berlaku apabila hak harta tidak ditakrifkan dan dikuatkuasakan dengan jelas.[2] Konsep yang bertentangan adalah penumpang paksa.