مشهد Masyhad |
|
Makam Imam Ali Reza. | |
Kerajaan | |
- Datuk Bandar | Saeed-Hashem Hashemy |
---|---|
Kepadatan (est.) | |
- Jumlah | 2,387,734 |
Masyhad (Bahasa Parsi: مشهد ) adalah bandar kedua terbesar di Iran dan juga antara bandar terpenting bagi pengikut Islam Syiah. Ia terletak 850 km dari timur Tehran dan di tengah-tengah wilayah Razavi Khorasan. Jumlah penduduknya ialah 2,387,734 orang pada tahun 2006[1]
Kota ini diasaskan pada tahun 823 SM, dan namanya diambil dari perkataan mashhad-e-reza yang bermaksud tempat kesyahidan, bersempena dengan kemangkatan Imam Reza, Imam ke-lapan mengikut kepercayaan Syiah Islam. Beliau dipercayai diracun oleh khalifah Al Maimun. Sebuah makam dibina dikota ini bagi memperingati kematian beliau. Setiap tahun, kota ini menjadi kunjungan ratusan ribu umat Islam Syiah yang ingin menziarahi makam Imam Reza.