Masqat

Masqat/Maskat
مسقط‎
Ruwi, kawasan perniagaan utama Muscat
Ruwi, kawasan perniagaan utama Muscat
Masqat/Maskat yang terletak di Oman
Masqat/Maskat
Masqat/Maskat
Masqat/Maskat yang terletak di Asia
Masqat/Maskat
Masqat/Maskat
Koordinat: 23°35′20″N 58°24′30″E / 23.58889°N 58.40833°E / 23.58889; 58.40833Koordinat: 23°35′20″N 58°24′30″E / 23.58889°N 58.40833°E / 23.58889; 58.40833
Negara Oman
KegabenoranKegabenoran Masqat
Zon waktuUTC+4
Laman sesawangPerbandaran Oman

Masqat atau Maskat[1] (Arab: مَسْقَط, rumi: Masqaṭ, bahasa Inggeris: Muscat) merupakan ibu negara sekaligus bandar terbesar Oman. Penduduknya berjumlah 67,400 orang pada tahun 2004. Jumlah penduduk Masqat mencecah 1.56 juta berdasarkan maklumat pada September 2015.[2] Area metropolitan terbentang sekitar 3,500 km2 dan terdiri dari enam buah provinsi.[3]

Kota ini dikenali sejak awal abad pertama Masihi sebagai pelabuhan perdagangan penting antara barat dan timur, ia banyak direbut dan diperintah pelbagai kuasa asing seperti Parsi, Portugis dan Uthmaniyah sepanjang sejarah. Pada abad ke-18, pengaruh Masqat menjangkau sejauh Afrika Timur dan Zanzibar. Sebagai kota pelabuhan penting di Teluk Oman, Masqat menarik pedagang asing dan pendatang seperti pihak Parsi dan Balochistan. Ketika pertabalan Qaboos bin Said sebagai Sultan Oman pada tahun 1970, Masqat telah mengalami perkembangan infrastruktur pesat yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang hidup dan pembentukan masyarakat pelbagai kaum.

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "maskat". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 648. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ "The population of the Sultanate by the end of May 2015".
  3. ^ الدراسات الاجتماعية. Ministry of Education, Sultanate of Oman.

Masqat

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne