Sebahagian daripada siri berkaitan |
Masjid |
---|
Masjid Shah Jahan, Woking, United Kingdom |
Menara masjid (Arab: مِنَارَة, rumi: minārah atau مِئْذَنة mi'dzanah "tempat mendengar, tempat azan") ialah salah satu reka bentuk masjid di dunia Islam. Menara masjid biasanya merupakan menara yang tinggi dan selalunya berkemudahan pembesar suara untuk melaungkan seruan azan. Menara masjid boleh jadi merupakan menara berasingan daripada bangunan masjid atau cuma tambahan tinggi. pada bangunan utama.