Mikoyan MiG-29K

MiG-29K
Sebuah MiG-29K milik Rusia di Pertunjukan Udara MAKS 2007
Peranan Pesawat pejuang pelbagai peranan berpangkalan di atas kapal pengangkut
National origin Soviet Union / Rusia
Pengeluar Mikoyan
Penerbangan sulung 23 Julai 1988
Pengenalan 19 Februari 2010[1]
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utamas Tentera Laut India
Tentera Laut Rusia
Dikeluarkan 2005–kini[N 1][2][pengesahan diperlukan]
Jumlah dibina 90[3][pengesahan diperlukan]
Kos seunit
Dibangunkan daripada Mikoyan MiG-29M[4]
Dibangunkan kepada Mikoyan MiG-35[5][6]

Mikoyan MiG-29K (Rusia: Микоян МиГ-29K; nama pengenalan NATO: Fulcrum-D[2][pengesahan diperlukan]) adalah sebuah pesawat tempur MRCA buatan Rusia yang dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat. Ia direka dan dikeluarkan oleh firma Mikoyan Design Bureau. MiG-29K telah dibangunkan pada akhir tahun 1980an berdasarkan MiG-29M. Mikoyan memperincikan ia sebagai sebuah pesawat tempur generasi 4+.[7][8]

Standard produksi pesawat MiG-29K berbeza dengan versi prototaip di mana ia mempunyai radar multi-fungsi dan beberapa paparan kokpit baharu; penggunaan kawalan HOTAS (hands-on-throttle-and-stick);[9] integrasi peluru berpandu udara ke udara RVV-AE (juga dikenali sebagai R-77), bersama-sama dengan peluru berpandu anti kapal dan operasi anti radar; serta beberapa persenjataan panduan tepat.

MiG-29K tidak dipesan dan hanya dua buah prototaip yang telah dibina oleh kerana Tentera Laut Rusia lebih memilih Su-27K (kemudian didesignasi semula sebagai Su-33) pada awal tahun 1990an. Mikoyan tidak menghentikan kerja-kerja mereka pada ke atas MiG-29K meskipun kekurangan dana sejak tahun 1992. Program ini mendapat lonjakan pada akhir tahun 1990an untuk memenuhi keperluan India bagi pesawat yang berpangkalan di atas kapal pengangkut berikutan pembelian ke atas kapal pengangkut bekas Soviet, dan MiG-29K pertama kali diterima oleh Cabang Udara Tentera Laut India pada tahun 2009. Tentera Laut Rusia, bersama pesawat Su-33 yang hampir mencapai tempoh tamat perkhidmatan menjelang tahun 2010, juga telah memesan MiG-29K sebagai penganti.

  1. ^ Parsons, Gary (19 February 2010). "Indian MiGs enter service". AirForces Monthly. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2015. Dicapai pada 6 April 2015.
  2. ^ a b c "MiG-29K". Deagel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2015.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama deagel.com
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Gordon_p40
  5. ^ Brown, Daniel (3 December 2018). "7 photos of the MiG-35, a highly maneuverable fighter jet that Russia hopes will keep the MiG corporation in business". Business Insider. Dicapai pada 30 January 2021.
  6. ^ Mader, Georg (3 July 2019). "What does the MiG-35 bring to air combat? Interview with Anastasia Kravchenko". Defence iQ. Dicapai pada 2 February 2020.
  7. ^ "Mikoyan MiG-29K Infographics". RIA Novosti. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2014. Dicapai pada 9 May 2014.
  8. ^ "MiG-29K/MiG-29KUB". Mikoyan Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2013. Dicapai pada 9 May 2014.
  9. ^ "Mikoyan MiG-29K/KUB Fulcrum-D". FlyFighterJet.com. November 12, 2012.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "N", tetapi tiada tag <references group="N"/> yang berpadanan disertakan


Mikoyan MiG-29K

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne