Mineralogi ialah subjek geologi yang dikhususkan terhadap kajian saintifik kimia, struktur hablur dan sifat fizikal (termasuk optik) bagi mineral dan artifak bermineral. Kajian khusus dalam mineralogi termasuk proses asal dan pembentukan mineral, klasifikasi mineral, taburan geografinya, serta penggunaannya.