Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Mitologi Yunani adalah satu mitos dan legenda yang kepunyaan Yunani purba mengenai dewa dan pahlawan mereka, sifat dunia, dan asal-usul dan makna kultus dan upacara amalan keagamaan. Mitologi adalah sebahagian daripada agama dalam Yunani purba. Sarjana moden merujuk pada mitos-mitos dan mempelajarinya dalam usaha untuk menyoroti institusi keagamaan dan politik Yunani purba, peradabannya, dan untuk memperoleh pemahaman tentang sifat kewujudan mitos itu sendiri.[1]
Mitologi Yunani terwujud secara jelas dalam koleksi besar karangan tetapi tersirat dalam hasil seni seperti lukisan pasu dan hadiah nazar. Mitos Yunani menjelaskan asal-usul dunia dan butiran kehidupan serta pengembaraan pelbagai dewa, dewi, pahlawan, wirawati, dan makhluk mitos. Hal ini awalnya disebarkan secara lisan; hari ini mitos Yunani amat dikenali terutama daripada sastera Yunani.
Sumber sastera Yunani tertua yang diketahui iaitu puisi epik Illiad dan Odyssey memfokuskan kepada peristiwa-peristiwa sekitar Perang Troy. Dua puisi karya Homer ini menyerupai karya kontemporari Hesiod bertajuk Theogony dan Pekerjaan dan Hari yang mengandungi pernyataan tentang asal-usul dunia, kejayaan dewa-dewi, kejayaan zaman manusia, asal-usul kesengsaraan manusia, dan asal-usul amalan korban. Terdapat juga mitos yang tersimpan dalam Nyanyian Rohani Homer, dalam pecahan-pecahan puisi epik dari Epic Cycle, melalui lirik puisi, dalam karya-karya Tragedi dari abad ke-5 SM, dalam tulisan-tulisan para cendiakawan dan penyair dari zaman Hellenistik dan dalam teks-teks dari zaman Empayar Rom oleh para penulis seperti Plutarch dan Pausanias.
Penemuan arkeologi menyediakan sumber utama perincian tentang mitologi Yunani, dengan dewa-dewa dan pahlawan menonjol dalam hiasan pelbagai artifak. Rekaan geometri pada tembikar dari abad ke-8 SM menggambarkan adegan perang Trojan serta pengembaraan Heracles. Ketika melepasi zaman Arkaik, Klasik, dan Hellenistik, Homer dan pelbagai adegan mitologi muncul, melengkapi bukti sastera yang ada.[2]
Mitologi Yunani telah memberikan pengaruh yang luas terhadap budaya, seni, dan sastera tamadun Barat lalu tetap menjadi sebahagian daripada warisan budaya dan bahasa tersebut. Penyair dan seniman dari zaman dahulu sehingga sekarang telah mendapat inspirasi daripada mitologi Yunani dan telah menemui erti dan kesesuaian kontemporari dalam tema-tema mitologi.[3]