Raja Thailand راج تايلاند | |
---|---|
พระมหากษัตริย์ไทย | |
Penjawat kini | |
Raja Vajiralongkorn, Raja Rama X Thailand sejak 13 Oktober 2016[1] | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Putera Dipangkorn Rasmijoti, Putera Mahkota Thailand |
Penyandang pertama | Raja Phutthayotfa Chulalok , Raja Rama I Thailand |
Pembentukan | 1238; 782 tahun dahulu |
Persemayaman | Istana Perama (tujuan istiadat) Istana Dusit (kediaman) |
Laman sesawang | royaloffice |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Thailand |
Monarki Thailand (monarki yang dirujuk sebagai Raja Thailand, (Tulisan Jawi: راج تايلاند) atau secara bersejarah, Raja Siam, (Tulisan Jawi: راج سيام); Bahasa Thai: พระมหากษัตริย์ไทย) merujuk kepada monarki berperlembagaan dan monarki Kerajaan Thailand (dahulu Siam). Raja Thailand ialah ketua negara dan ketua pemerintah Kerabat Diraja Chakri.
Walaupun Dinasti Chakri telah ditubuhkan pada 1782, kewujudan institusi monarki ini di Thailand adalah secara tradisional disahkan bahawa ia mempunyai perkaitan daripada pengasasan Kerajaan Sukhothai pada 1238, dengan kekosongan penjawat dari kematian Ekkathat hingga penyertaan Taksin pada abad ke-18. Institusi in berubah menjadi monarki berperlembagaan pada 1932 selepas pertempuran darah revolusi Siam 1932. Kediaman istiadat rasmi monarki adalah di Istana Raja di Bangkok, manakala kediaman peribadi adalah di Istana Dusit.
Gelaran Raja Thailand termasuklah Ketua Negara, Ketua Utama Angkatan Tentera Diraja Thai, Penganut Agama Buddha dan Pendukung Agama-agama di Thailand.[2]