Muhammad Ali | |
---|---|
Statistik | |
Nama sebenar | Cassius Marcellus Clay |
Nama samaran | The Greatest The People's Champion The Louisville Lip |
Berat | Heavyweight |
Tinggi | 191 cm (6 ka 3 in) |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Kelahiran | Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat | 17 Januari 1942
Gaya | Ortodoks |
Rekod tinju | |
Jumlah lawan | 61 |
Menang | 56 |
Kemenangan mengikut KO | 37 |
Kalah | 5 |
Seri | 0 |
Tiada pertandingan | 0 |
Rekod pingat Olimpik | |||
---|---|---|---|
Tinju Lelaki | |||
Mewakili Amerika Syarikat | |||
Sukan Olimpik Musim Panas | |||
Emas | Rom 1960 | Light heavyweight |
Profil Muhammad Ali | |
---|---|
Meninggal dunia | 3 Jun 2016 | (umur 74)
Sebab kematian | Kejutan septik, sakit tua dan penyakit Parkinson |
Dikebumikan | Cave Hill Cemetery, Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat |
Monumen |
|
Kerakyatan | Amerika Syarikat |
Pendidikan | Central High School (1958)[2] |
Denda jenayah | Pengelakan draf[3] |
Penalti jenayah | Penjara 5 tahun, didenda $10,000 dan digantung dari sukan tinju selama 3 tahun.[3] |
Status jenayah | Sabitan ditarik balik[3] |
Pasangan | Yolanda Williams (k. 1986–2016) Veronica Porché Ali (k. 1977–1986) Khalilah Ali (k. 1967–1977) Sonji Roi (k. 1964–1966)[2] |
Anak-anak | Laila Ali, Hana Ali, Asaad Amin, Khaliah Ali, Muhammad Ali Jr., Rasheda Ali, Jamillah Ali, Miya Ali, Maryum Ali[2] |
Ibu bapa | Cassius Marcellus Clay, Sr. Odessa Grady Clay[2] |
Saudara | Rahman Ali (adik) Kevin Casey (menantu) |
Anugerah |
|
Muhammad Ali (lahir Cassius Marcellus Clay, Jr.; 17 Januari 1942 - 3 Jun 2016) ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, dianggap antara peninju heavyweight terhebat dalam sejarah sukan ini. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya.[7] Beliau juga telah dinobatkan sebagai "Sportsman of the Century" oleh Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century" oleh BBC.[8][9]
Pada umur 22 tahun, beliau memenangi kejuaraan heavyweight dunia pada 1964 menewaskan Sonny Liston dalam satu keputusan yang mengejutkan. Tidak lama selepas pertarungan itu, pada 6 Mac 1964, pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad telah mengumumkan bahawa jaguh tinju itu telah menyertai mereka dan menukar namanya kepada Muhammad Ali. Beliau memasuki Islam Ahli Sunah Waljamaah pada 1975.
Digelar "The Greatest" (Yang Terhebat), Ali terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah.[10] Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974), di mana beliau mendapat kembali gelaran yang dilucutkan kerana enggan menyertai pengerahan ke Perang Vietnam tujuh tahun sebelumnya.
Pada 1999, anaknya Laila Ali telah meneruskan tradisi bapanya untuk menjadi peninju wanita Islam pertama, walaupun bapanya sebelum itu tidak bersetuju.[11] Sehingga bersara pada akhir 2000-an, Laila tidak pernah kalah dalam kategori super middleweight, dengan 24 kemenangan.[12]
Ali meninggal dunia pada 3 Jun 2016 (tiga hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak) pada usia 74 tahun akibat kejutan septik dan penyakit Parkinson, serta sakit tua di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat.