Muhammad al-Fatih | |
---|---|
Zaman | Empayar Uthmaniyah |
Nama penuh | Sultan Muhammad Al-Fatih سلطان محمد الفاتح |
Turki Uthmaniyyah | محمد ثانى |
Tarikh lahir | 30 Mac 1432 |
Tempat lahir | Edirne |
Tarikh mangkat | 3 Mei 1481 (usia 49) |
Tempat mangkat | Hünkârçayırı, berdekatan Gebze |
Wangsa | Dinasti Uthmaniyyah |
Bonda | Hüma Hatun |
Mehmed II (Turki Usmaniah: محمد ثانى, Turki: II. Mehmed) atau Mehmed sang Penakluk (Turki: Fatih Sultan Mehmed, "Muhammad al-Fatih" kesusasteraan Melayu) (30 Mac 1432, Edirne – 3 Mei 1481, Hünkârçayırı, berdekatan Gebze) adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Konstantinopolis (kemudiannya diberi nama "Kustantiniyah") pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.