Muzik klasikal abad ke-20

Sejarah muzik klasikal
Muzik era pertengahan (476 – 1400)
Muzik era pembaharuan (1400 – 1600)
Muzik era barok (1600 – 1760)
Muzik era klasikal (1730 – 1820)
Muzik era romantis (1815 – 1910)
Muzik klasikal abad ke-20 (1900 – 2000)
Muzik klasikal kontemporari (1975 – kini)


Muzik klasikal abad ke-20 adalah sangat luas maknanya, bermula dari pengakhiran era muzik romantis Sergei Rachmaninoff, impresionisme Claude Debussy dan Maurice Ravel, dan bersambung menerusi Zaman Pertengahan neo-klasikisme Igor Stravinsky, dan berada dalam lingkungan bunyi-suara serialism lengkap oleh Pierre Boulez, keharmonian mudah dan irama penggubah-penggubah minimalis seperti Steve Reich, dan Philip Glass, musique concrète oleh Pierre Schaeffer, muzik mikrotonal oleh oleh Harry Partch, Alois Hába dan lain-lain, muzik aleatorik oleh John Cage, muzik elektronik oleh Karlheinz Stockhausen, dan polystylisme oleh Alfred Schnittke.

Antara penggubah-penggubah terkemuka abad ke-20 adalah Béla Bartók, Gustav Mahler, Richard Strauss, Giacomo Puccini, Luigi Russolo, Claude Debussy, Maurice Ravel, Charles Ives, Edward Elgar, Frederick Delius, Arnold Schoenberg, Jean Sibelius, Elliott Carter, Sergei Rachmaninoff, Sergei Prokofiev, Gabriel Fauré, Alberto Ginastera, Peter Sculthorpe, Edgard Varèse, Igor Stravinsky, Dmitri Shostakovich dan ramai lagi.

Banyak teknik-teknik dipelopori oleh penggubah-penggubah di atas telah diterima pakai untuk muzik-muzik popular hari ini seperti yang ditunjukkan oleh The Beatles, Deep Purple, King Crimson, Pink Floyd, Emerson, Lake & Palmer, Mike Oldfield, Enigma, Vangelis, Jean Michel Jarre dan dalam skor-skor filem untuk menarik ramai penonton.


Muzik klasikal abad ke-20

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne