Nombor Mach ( atau ) (umumnya disebut sebagai /ˈmɑːx/ atau /ˈmæk/, [makh]) adalah kelajuan objek melalui udara, atau sebarang kandungan bendalir, yang dibahagikan dengan kelajuan bunyi yang melalui bendalir tersebut. Ia kerap digunakan untuk mewakili kelajuan objek (seperti pesawat atau peluru berpandu), apabila ia merentasi pada (atau melebihi) kelajuan bunyi. Nombor Mach adalah ukuran laju yang digambarkan sebagai kadar kelajuan bunyi. Mach 1 adalah kelajuan sonik, maka kelajuan di bawah nilai ini adalah kelajuan subsonik manakala kelajuan yang bersamaan atau melebihi nilai ini pula dianggap sebagai supersonik.
di mana
Nombor Mach dinamakan sempena ahli fizik dan falsafah Czech/Austria iaitu Ernst Mach. Nombor nilai unit ini diletakkan selepas unit tidak seperti unit-unit pengukuran yang lain - contohnya: dua unit Mach ditulis dengan "Mach 2" bukannya "2 Mach".