Oberkommando des Heeres

Oberkommando des Heeres (OKH)
Markas Besar Tentera Darat
Bendera pemerintahan dari tahun 1938 hingga 1942
Ditubuhkan pada21 Mei 1935
Dibubarkan23 Mei 1945
NegaraJerman NaziJerman Nazi
KesetiaanDer Fuhrer Adolf Hitler
JenisMarkas Besar
PerananPengawasan dan Pertahanan Darat
Sebahagian daripadaMarkas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht)
PangkalanMaybach 1, Zossen, Berlin
Nama samaranOKH
Komander
Pemerintah Tertinggi Angkatan TenteraAdolf Hitler
Panglima Tentera DaratWalther von Brauchitsch
Ketua Staf AmFranz Halder
Komander
terkenal
Werner von Fritsch
Ludwig Beck
Heinz Guderian
Kurt Zeitzler
Tanda kebesaran
Bendera pemerintahan 1936–38
Bendera pemerintahan 1938–42

Oberkommando des Heeres (Terjemahan literal: Markas Tinggi Tentera Darat; singkatan OKH) adalah markas besar Tentera Darat Jerman Nazi. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1935 sebagai sebahagian daripada persenjataan semula Jerman oleh Adolf Hitler. OKH merupakan unit de facto paling penting dalam perancangan perang Jerman sehingga saat kekalahan Jerman di Moscow pada Disember 1941.

Semasa Perang Dunia II OKH bertanggungjawab atas perancangan strategik Kumpulan Tentera Darat dan Tentera Darat Medan, sementara Staf Am OKH pula mengurus perancangan operasi. Setiap Tentera Darat Medan Jerman juga mempunyai satu (Armeeoberkommando atau AOK). Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht) mengarah semua kancah peperangan melainkan di Barisan Timur yang diuruskan sendiri oleh OKH.

Ketua OKH memakai gelaran Panglima Tentera Darat (Oberbefehlshaber des Heeres atau singkatan OBdH). Selepas Pertempuran Moscow, ketua OKH Fil Marsyal Walther von Brauchitsch telah dilucutkan jawatan, dan Hitler melantik dirinya sebagai Panglima Tentera Darat.

Dari tahun 1938 OKH bersama dengan Oberkommando der Luftwaffe (OKL) (Markas Besar Tentera Udara) dan Oberkommando der Marine (OKM) (Markas Besar Tentera Laut), secara rasminya berada di bawah Oberkommando der Wehrmacht (OKW).


Oberkommando des Heeres

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne