Badan induk tertinggi | IAAF |
---|---|
Ciri-ciri | |
Jantina bercampur | Ya |
Jenis | Luar atau dalam dewan |
Kemunculan | |
Sukan Olimpik | Kini sejak temasya sulung Olimpik 1896 |
Sukan Paralimpik | Kini sejak temasya sulung Paralimpik 1960 |
Olahraga (Tulisan Jawi: اولهراڬ) merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat, melempar, dan berjalan kaki secara bersaingan. Jenis pertandingan olahraga yang paling biasa ialah balapan dan padang, berlari di jalan raya, berlari merentas desa, dan lumba jalan kaki.
Keputusan acara perlumbaan diputuskan dengan kedudukan penamat (atau masa, di mana diukur), sementara lompatan dan lemparan dimenangi oleh atlet yang mencapai pengukuran tertinggi atau terjauh dari beberapa percubaan. Kesederhanaan pertandingan, dan kekurangan keperluan untuk peralatan mahal, menjadikan olahraga salah satu sukan yang paling kerap dipertandingkan di dunia. Olahraga kebanyakannya merupakan sukan perseorangan, kecuali perlumbaan lari berganti-ganti dan pertandingan yang menggabungkan prestasi atlet untuk skor pasukan, seperti merentas desa.
Olahraga terancang boleh dikesan kembali ke Sukan Olimpik Purba dari 776 SM. Peraturan dan format acara moden dalam olahraga ditentukan di Eropah Barat dan Amerika Utara pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan kemudiannya tersebar ke bahagian lain di dunia. Kebanyakan mesyuarat peringkat tertinggi moden dijalankan oleh Persekutuan Antarabangsa Olahraga dan ahli-ahli persekutuan tersebut.
Perjumpaan olahraga membentuk tulang belakang Sukan Olimpik Musim Panas. Perjumpaan olahraga antarabangsa utama ialah Kejohanan Olahraga Dunia IAAF, yang menggabungkan balapan dan padang, lari maraton dan lumba jalan kaki. Pertandingan peringkat tinggi lain dalam sukan olahraga termasuk Kejohanan Merentas Desa Dunia IAAF dan Kejohanan Separuh Maraton Dunia IAAF. Atlet dengan kecacatan fizikal bersaing di Sukan Paralimpik Musim Panas dan Kejohanan Olahraga Para Dunia.
Perkataan athletics berasal daripada perkataan Greek ἀθλητής (athlētēs, "askar tempur di permainan awam") dari ἆθλον (athlon, "hadiah") atau ἆθλος (athlos, "pertandingan").[1] Pada awalnya, istilah ini pernah digunakan untuk memerihalkan peraduan olahraga secara umum – i.e. pertandingan sukan yang berasaskan aksi fizikal manusia. Pada abad ke-19, istilah athletics memperoleh definisi yang lebih sempit di Eropah dan datang untuk memerihalkan sukan melibatkan berlari, melompat, melempar, dan berjalan kaki secara bersaingan. Definisi ini terus menjadi menonjol di Eropah di United Kingdom dan kebanyakan di kawasan bekas Empayar British. Lagi pula, perkataan asing dalam bahasa Germanik dan Romawi yang berkaitan dengan istilah athletics turut mempunyai maksud yang sama.
Di kebanyakan negara Amerika Utara, athletics adalah sinonim dengan sukan secara umum, mengekalkan penggunaan istilah yang lebih bersejarah. Perkataan athletics jarang digunakan untuk merujuk kepada sukan olahraga di rantau ini. Balapan dan padang lebih disukai, dan digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada untuk merujuk kepada kebanyakan acara olahraga, termasuk lumba jalan kaki dan maraton (walaupun berlari merentas desa biasanya dianggap sebagai sukan yang berasingan).
Keperluan yang mesti ada untuk melakukan acara sukan adalah merangkumi fasiliti seperti gelanggang. Acara-acara olahraga berlangsung di gelanggang yang berbentuk bujur. Balapan atau tempat berlari dibina daripada rumput, 'asphalt' atau bahan 'synthetic' dan biasanya mengandungi lapan lorong. Acara padang atau acara-acara lompatan dan balingan pula dijalankan di bahagian dalam gelanggang, iaitu kawasan berumput.[2]
|first=
missing |last=
(bantuan)