Oligopoli (daripada bahasa Yunani Kuno ὀλίγος olígos, bermaksud "sedikit", dan πωλεῖν polein, bermaksud "menjual") merupakan sebuah bentuk pasaran di mana sesebuah pasaran atau industri tertentu dikuasai oleh sejumlah kecil penjual (peoligopoli atau oligopolist). Oligopoli boleh dibentuk daripada pelbagai bentuk pakat-sulit yang mengurangkan persaingan serta membawa kepada harga yang lebih tinggi untuk pengguna. Sistem ini mempunyai struktur pasarannya yang tersendiri.[1]
Dengan beberapa penjual yang sedikit, setiap peoligopoli mungkin akan berwaspada dengan tindakan peoligopoli yang lain. Menurut teori permainan, keputusan sesebuah syarikat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh keputusan syarikat-syarikat lain. Perancangan strategik oleh peoligopoli perlu mengambil kira tindak balas yang berkemungkinan daripada peserta pasaran yang lain.