Jumlah penduduk | |
---|---|
African American 37,334,570[1] 12.38% of the total U.S. population Non-Hispanic Black 36,657,280[1] 12.15% of the U.S. population Black Hispanic 677,290[1] 0.23% of the U.S. population | |
Kawasan ramai penduduk | |
United States (predominantly Southern) | 38,662,569[2][3] |
Sierra Leone (called Krios) | 340,000 |
Liberia (called Americo-Liberians) | 150,000 |
United Kingdom (African American Britons) | 30,000 |
Nova Scotia, Canada (Black Nova Scotians) | 19,230 |
Bahasa | |
American English · African American Vernacular English · minorities of Spanish · French · indigenous African languages | |
Agama | |
Kristian · Islam · Yahudi · Buddha · Ateisme · others | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
African-Native Americans · Americo-Liberian
|
Orang Amerika Afrika atau orang Amerika kulit hitam merupakan warga atau penduduk Amerika Syarikat yang berketurunan bangsa-bangsa kulit hitam dari benua Afrika.[4] Di Amerika Syarikat, istilah ini biasanya dipakai untuk memaksudkan rakyat Amerika yang sekurang-kurangnya berketurunan separa Afrika Sub-Sahara. Kebanyakan orang Amerika Afrika merupakan keturunan bangsa Afrika yang merempuhi zaman perhambaan dalam lingkungan sempadan Amerika Syarikat masa kini, tetapi ada juga yang berasal atau berketurunan dari pendatang sukarela dari Afrika, kepulauan Caribbean, Amerika Tengah, Amerika Selatan, atau lain-lain lagi.[5] Orang Amerika Afrika merupakan kaum minoriti tunggal yang terbesar di Amerika Syarikat,[6] walaupun yang sebenarnya membentuk kelompok etnik minoriti terbesar merupakan kaum Hispanik.[7]