Orang Cina seberang laut

Orang Cina Seberang Laut
海外华人
Jumlah penduduk
60,000,000
Kira-kira 3.7% penduduk tempatan (tahun 2012)[3][4][5][6]
Kawasan ramai penduduk
 Thailand9,300,000
 Malaysia6,884,800
 Amerika Syarikat5,025,817
 Indonesia2,832,510
 Singapura2,675,521 (Cina Singapura) 451,481 (Warganegara China)
 Kanada1,769,195
 Myanmar1,725,794
 Australia1,390,639
 Filipina1,146,250–1,400,000
 Korea Selatan1,070,566
 Jepun922,000
 Vietnam749,466
 Perancis600,000
 United Kingdom488,847
 Kemboja343,855
 Afrika Selatan300,000–400,000
 Itali288,923
 Brazil250,000
 New Zealand247,770
 Sepanyol197,390
 Laos185,765
 Emiriah Arab Bersatu180,000
 Jerman145,610
 Argentina120,000–200,000
 Arab Saudi105,000
 Belanda94,000
 Panama80,000
 Brunei42,100
 Sweden41,209
 Rusia28,943
 Portugal27,839[
 Mauritius26,000–39,000
 Réunion25,000 atau lebih
 Mexico24,489
 Belgium20,866
  Switzerland19,712
 Republik Ireland19,447
 Chile17,021
 Finland17,011
 Austria16,331
 Venezuela15,358
 Denmark15,103
 Peru14,223
 Norway13,350
 Israel10,000
 Korea Utara10,000
 India9,000–85,000 (termasuk Tibet)
 Mongolia8,688
 Poland8,656
 Fiji8,000
Bahasa
Agama
Kumpulan etnik berkaitan
Bangsa Cina (Cina)

Orang Cina seberang laut(海外华人) merupakan orang-orang yang berketurunan Cina yang menetap di luar rantau China Raya, termasuklah Taiwan, Hong Kong dan Makau. (Ini termasuk wilayah-wilayah yang ditadbir oleh kedua-dua kerajaan yang bermusuhan; Republik Rakyat China (PRC) dan Republik China (ROC).) Tambahan pula, kerajaan ROC pernah mengurniakan para penduduk Hong Kong dan Makau dengan "Status Orang Cina Seberang Laut" sebelum pengembalian kedua-dua wilayah tersebut kepada pemerintahan Beijing, agar definasi ini bolehlah merangkumi warga-warganya. Orang-orang yang separa keturunan Cina boleh menganggap diri mereka sebagai orang Cina seberang laut.

Istilah Orang Cina seberang laut ini amatlah kabur mengenai sama ada ini merujuk kepada mana-mana kelompok etnik yang tinggal di China (definasi luas, Zhonghua minzu 中华民族) atau hanya suku bangsa Han 汉族 (definasi terperinci). Minoriti bangsa Korea dari China yang tinggal di Korea Selatan kini sering dianggap dalam pembancian sebagai orang Cina seberang laut, kerana etnik Korea ini juga menganggap diri mereka sebagai sebahagian bangsa China. Di Asia Tenggara, khususnya Malaysia dan Singapura, suku Peranakan digolongkan sebagai orang Cina sungguhpun telah berasimilasi secara separa ke dalam budaya Melayu.

Satu kajian yang pernah dilakukan terhadap orang Cina seberang laut menetapkan sebilangan kriteria bagi mengenal pasti orang Cina seberang laut bukan berbangsa Han: terdapat bukti keturunan daripada kelompok-kelompok yang tinggal di dalam atau berasal dari China, mereka masih mengekalkan budaya mereka, mengaitkan diri mereka dengan budaya China atau mengakui asal mereka dari China, dan bukanlah suku pribumi di tempat tinggal mereka sekarang. Menurut definasi ini, bilangan orang Cina seberang laut berkaum minoriti kira-kira 7 juta, iaitu 8.4% populasi orang Cina seberang laut menurut definasi lebih luas.[7]

  1. ^ "2018全球华侨华人年度人物". 中国新闻网. 2019-01-04. Dicapai pada 2021-08-24.
  2. ^ 罗旭 (2020-01-09). ""2019全球华侨华人年度评选"结果揭晓". 光明日报. Dicapai pada 2021-06-03.
  3. ^ 张明爱 (2012-03-11). "Reforms urged to attract overseas Chinese". China.org.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-20. Dicapai pada 2012-05-28. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Hu meets overseas Chinese organizations leaders|Politics". chinadaily.com.cn. 2012-04-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-23. Dicapai pada 2012-05-28. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "President meets leaders of overseas Chinese organizations". English.gov.cn. 2012-04-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-28. Dicapai pada 2012-05-28. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Huiyao Wang (2012-05-24). "CHINA'S COMPETITION FOR GLOBAL TALENTS: STRATEGY, POLICY AND RECOMMENDATIONS" (PDF). Asia Pacific. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-01-02. Dicapai pada 2012-05-28. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ . ""A Survey of the Study on Huanqiao-Huaren in PRC (1950-2000) —With Reference to the Study on Ethnic Minority Huanqiao-Huaren"". Diarkibkan 2007-09-12 di Wayback Machine

Orang Cina seberang laut

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne