Paris ڤاريس | |
---|---|
Ibu negara Perancis, komun dan departmen | |
Nama panggilan: Kota Bercahaya, Kota Cinta Abadi | |
Cogan kata: Fluctuat nec mergitur (Bahasa Latin) "Dilambung ombak, dia tidak karam" | |
Negara | Perancis |
Kawasan | Île-de-France |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Anne Hidalgo |
Keluasan | |
• Jumlah | 105 km2 (41 batu persegi) |
Penduduk (2013) | |
• Jumlah | 2,229,621 |
Zon waktu | UTC+1 |
• Musim panas (DST) | UTC+2 |
Laman sesawang | http://en.parisinfo.com/ |
Paris (Sebutan bahasa Perancis: [paʁi], sebutan bahasa Inggeris: /ˈpærɨs/) ialah ibu negara Perancis dan juga ibu kota negeri Île-de-France (juga dikenali sebagai "Kawasan Paris"). Bersama dengan bandar satelit dan kawasan luar bandar, Paris mempunyai anggaran penduduk sebanyak 12.2 juta penduduk (2013). Paris ialah kawasan bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar di Eropah iaitu sama dengan penduduk London dan hampir menyamai penduduk Moscow, dan juga dianggar mempunyai penduduk metropolitan ke-20 teramai di dunia.
Paris dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.
Keunikannya ialah setiap malam, Paris selalu akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang, maka dengan itulah digelari La Ville Lumiére oleh pelancong asing (dalam Bahasa Perancis).