Parti Islam Se-Malaysia ڤرتي إسلام سمليسيا PAS | |
---|---|
Singkatan | PAS/ڤاس |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Setiausaha agung | Takiyuddin Hassan |
Jurucakap | Ahmad Fadhli Shaari |
Mursyidul Am | Hashim Jasin |
Timbalan Presiden | Tuan Ibrahim Tuan Man |
Naib Presiden | |
Ketua Dewan Ulamak | Ahmad Yahaya |
Ketua Dewan Muslimat | Nuridah Mohd Salleh |
Pengasas | Ahmad Fuad Hassan |
Diasaskan | 24 November 1951 | (dengan nama Persatuan Agama Islam Se-Malaya [PAS])
Didaftarkan | 31 Mei 1955 (sebagai parti politik "Parti Islam Se-Tanah Melayu") |
Pecahan | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Ibu pejabat | Pejabat Agung PAS, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia |
Akhbar | Harakah |
Badan pemikir | Pusat Penyelidikan PAS |
Sayap pelajar | Kelab Mahasiswa Penyokong PAS |
Sayap belia | Dewan Pemuda PAS |
Sayap wanita | Dewan Muslimat PAS |
Sayap ulamak | Dewan Ulamak PAS |
Sayap bukan Muslim | Dewan Himpunan Pendukung PAS |
Keanggotaan | Warganegara Malaysia |
Ideologi | Islamisme Fundamentalisme Islam Jihadisme[1][2] Pan-Islamisme Konservatisme Islam Nasionalisme agama |
Agama | Islam |
Penggabungan kebangsaan | Parti Perikatan (1972-1973) Barisan Nasional (1973-1978) Angkatan Perpaduan Ummah (1990-96) Barisan Alternatif (1999-2004) Pakatan Rakyat (2008-2015) Gagasan Sejahtera[3] (2016-2020) Muafakat Nasional (2019-2022)[4] Perikatan Nasional (sejak 2020) |
Warna | Hijau |
Slogan | Islam Menyatukan Ummah Membangun Bersama Islam |
Lagu parti | Berjihadlah |
Dewan Negara Malaysia (Parlimen) | 7 / 70 |
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 43 / 222 |
Dewan Undangan Negeri | 150 / 607 |
Simbol pilihan raya | |
(negeri selain Kelantan dan Terengganu) (Kelantan dan Terengganu) | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
https://www.pas.org.my/ | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي إسلام سمليسيا, juga singkatan: ڤاس/PAS)[nb 1] ialah sebuah parti politik dan gerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Haji Abdul Hadi Awang. PAS merupakan salah sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional bermula 2020. Parti ini mempunyai perwakilan terbanyak di Dewan Rakyat, dengan menguasai 43 kerusi,[5] walau bagaimanapun berada di blok pembangkang.[6] PAS juga merupakan parti pemerintah bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Kubu pilihan raya PAS sebahagian besarnya tertumpu di sekitar kawasan luar bandar dan konservatif koridor utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu dan Pahang. Mereka juga mendapat sokongan yang ketara di kawasan luar bandar Perak dan Melaka.
PAS membantu gabungannya menyapu bersih negeri-negeri pantai barat laut dan timur Semenanjung Malaysia, memenangi setiap kerusi parlimen di negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu, dan semua kecuali satu di Kedah; lantas dipanggil sebahagian pihak sebagai "Gelombang Hijau".[7]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan