Uskup Rom اوسکوڤ روم | |
---|---|
Pontifex Romanus | |
Gelaran | bahasa Melayu: Yang Mulia, Sri Paus[1] bahasa Inggeris: His Holliness, "Yang Suci" |
Anggota bagi | Hierarki Gereja Katolik |
Bidang kuasa | Gereja Roman Katolik, Vatikan dan Negeri-Negeri Paus |
Institusi | Gereja Roman Katolik, Holy See, Diocese of Rome (en) dan Roman Catholic Ecclesiastical province of Rome (en) |
Kediaman | Istana Paus |
Penjawat sulung | Santo Peter |
Dibentuk | Abad pertama |
Senarai | Senarai Paus |
Tapak web | Bapa Suci |
sunting · sunting di Wikidata |
Paus merupakan gelaran yang diberikan kepada uskup Rom yang merupakan ketua kerohanian dalam badan Gereja Katolik Rom. Pemegang gelaran ini juga merupakan ketua negara Kota Vatikan, sebuah negara kota terletak di tengah-tengah Rom, ibu kota Itali. Pejabat jawatan dipegang paus dipanggil Kepausan sementara kawasan kepaderiannya dipanggil Takhta Suci (Sancta Sedes, Holy See atau Apostolic See).
Paus gereja ini yang terkini adalah Paus Fransiskus yang ditabalkan semasa berusia 76 tahun pada 2013.