Peloponnesos (Yunani: Πελοπόννησος , Pelopónnisos) adalah sebuah semenanjung dan merupakan daerah yang terletak di selatan negara Yunani. Kawasan ini dikenali ketika lewat abad Pertengahan dan zaman Turki Uthmaniyah sebagai Morea (Yunani: Μωρέας), di mana nama ini masih sering digunakan dalam percakapan sehari-hari. Semenanjung ini menjadi sebuah pulau sejak pembangunan Terusan Korintus tahun 1893.
Semenanjung ini dibahagi menjadi tiga daerah dalam negara Yunani moden: Pelopponesia, sebahagian daripada wilayah Attika dan sebahagian daripada wilayah Yunani Barat.