Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 3 Mac 1879 |
Ibu pejabat | Reston, Virginia |
Kakitangan | 10,000 (2004) |
Belanjawan tahunan | $971 million (FY2006) |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Department of the Interior |
Laman sesawang | www.usgs.gov |
Pemantauan Geologi Amerika Syarikat atau di dalam bahasa Inggeris United States Geological Survey (USGS) merupakan agensi saintifik kerajaan Amerika Syarikat. Saintis-saintis USGS mempelajari landskap Amerika Syarikat, sumber semulajadi , dan bencana alam yang membahayakannya. Organisasi ini mempunyai empat disiplin sains yang besar, melibatkan biologi, geografi, geologi, dan hidrologi. USGS adalah merupakan sebuah organisasi pencari fakta dengan tidak terikat dengan apa-apa undang-undang.