Pembakaran mayat

Pembakaran mayat mengikut kepercayaan Hindu Bali di Ubud, Bali, Indonesia.

Pembakaran, kremasi atau perabuan adalah amalan melupuskan mayat seseorang manusia yang telah meninggal dunia dengan cara membakarnya. Apabila mayat ini dibakar, tindak balas pemeluapan dan pengoksidaan akan berlaku terhadap sebatian kimia dalam mayat tersebut lalu menghasilkan bahan keluaran tertentu seperti gas, debu dan galian surih seakan tulang kering.[1] Ia biasanya dilakukan sebagai suatu pilihan alternatif menguruskan mayat si mati selain daripada mengebumikan mayat tersebut dalam suatu keranda, di mana ia dilakukan sebelum atau selepas majlis memperingati si mati itu berlangsung.

Amalan ini biasa dilakukan di sebuah tempat khusus dipanggil krematorium atau pancaka di mana mayat si mati akan ditaruh di sebuah peti kayu dan dibakar pada suhu 760 – 1150°C ; abu sisa pembakaran dikira beratnya sekitar 5% berat mayat. Sisa mayat yang dibakar bisa ditanam atau disimpan dalam suatu tempat penyimpanan khusus mahupun dibawa waris atau saudara-mara untuk dilepaskan di tempat yang dikehendaki si mati.

  1. ^ "Cremation Equipment Operator Training Program". Matthews Cremation Division. 2006: 1. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pembakaran mayat

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne