Pembelajinakan kuda

Kuda Heck yang 'dibiak baka balik', amat menyerupai Tarpan (gambar dari 2004), dipercayai rapat secara fenotip dengan kuda liar yang ketika mula-mula dibelajinakkan.

Terdapat beberapa andaian tentang kebanyakan isu penting mengenai pembelajinakan kuda. Walaupun kuda muncul pada seni gua Paleolitik dari seawal 30,000 SM, namun ini merupakan kuda yang benar-benar liar dan diburu untuk dagingnya. Bila dan di mana kuda mula-mula dijinakkan itu menjadi titik pertikaian. Bukti yang paling nyata tentang penggunaan kuda sebagai kaedah pengangkutan purba adalah daripada pengebumian pedati rata yang bertarikh sekitar 2000 SM. Bagaimanapun, terdapat semakin banyak bukti yang menyokong hipotesis bahawa kuda dijinakkan di steppe Eurasia (Dereivka yang berpusat di Ukraine) sekitar tahun 4000-3500 SM.[1][2][3] Penemuan terbaru terhadap kebudayaan Botai membayangkan bahawa petempatan budaya Botai di wilayah Akmola, Kazakhstan merupakan lokasi pembelajinakan kuda yang terawal sekali.[4]

Tarikh kuda mula-mula dibela jinak sedikit sebanyak bergantung pada maksud "pembelajinakan", yang mana sesetengah ahli zoologi menakrifkan "pembelajinakan" sebagai kawalan oleh manusia terhadap pembiakbakaan yang terkesan pada contoh-contoh rangka purba berdasarkan perubahan pada saiz dan keberubahan bilangan kuda purba, sedangkan yang lain memberati bukti yang lebih umum, termasuk bukti pekerjaan pada tulang dan gigi; senjata, seni, dan bahan-bahan keagamaan; serta pola hidup kebudayaan manusia. Juga terdapat bukti bahawa kuda dahulu dibela sebagai ternakan daging sebelum dilatih sebagai haiwan kerja.

Percubaan untuk menarikhkan pembelajinakan mengikut kajian genetik atau analisa tinggalan fizikal bergantung pada andaian bahawa terdapat perpecahan genotip antara kuda jinak dan liar. Nampaknya pernah berlakunya perpecahan sedemikian, namun tarikh-tarikh yang berasaskan kaedah-kaedah sedemikian hanya mampu menghasilkan anggaran bagi tarikh terlewat yang mungkin untuk pembelajinakan tanpa mengetepikan kemungkinan terdapatnya suatu ketika aliran gen yang terdahulu antara kuda liar dengan jinak (yang sudah tentu berlaku secara semula jadi selagi kuda jinak tersimpan dalam habitat kuda liar). Lebih-lebih lagi, semua populasi kuda moden mengekalkan kebolehan untuk berundur kepada keadaan jalang, malah kesemua kuda jalang merupakan jenis bela jinak, yakni keturunan daripada leluhur yang bolos dari kurungan.

Penerimaan sama ada takrifan pembelajinakan yang terperinci menurut zoologi mahupun yang lebih umum berasaskan budaya yang bergantung pada pelbagai bukti zoologi mahupun arkeologi, mempengaruhi rangka masa pembelajinakan kuda. Tarikh 4000 SM berasaskan bukti yang mencakupi kemunculan patologi gigi yang berkaitan dengan penggigitan, perubahan dalam amalan memotong daging, perubahan dalam ekonomi manusia dan pola petempatan, penggambaran kuda sebagai lambang kekuasaan pada tinggalan sejarah, serta terdapatnya tulang kuda di dalam kubur manusia.[5] Sebaliknya, perubahan saiz yang ketara serta meningkatnya keberubahan yang berkaitan dengan pembelajinakan berlaku lebih lewat, iaitu sekitar tahun 2500-2000 SM, seperti yang terlihat pada rangka kuda yang dijumpai di tapak Csepel-Haros di Hungary, iaitu sebuah petempatan kebudayaan Bell Beaker.[6]

Tanpa mengira bila tarikh sebenar pembelajinakan itu, penggunaan kuda berleluasa ke serata Eurasia untuk pengangkutan, pertanian mahupun peperangan. Kuda dan baghal dalam pertanian dahulu menggunakan abah-abah jenis perisai dada atau kuk yang lebih sesuai untuk lembu, yang tidak begitu cekap dalam memanfaatkan sepenuh kekuatan kuda seperti mana kajai yang tercipta ribuan tahun kemudian di Eropah barat.[7][8]

  1. ^ Matossian Shaping World History p. 43
  2. ^ "What We Theorize – When and Where Did Domestication Occur". International Museum of the Horse. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-16. Dicapai pada 2010-12-12.
  3. ^ "Horsey-aeology, Binary Black Holes, Tracking Red Tides, Fish Re-evolution, Walk Like a Man, Fact or Fiction". Quirks and Quarks Podcast with Bob Macdonald. CBC Radio. 2009-03-07. Dicapai pada 2010-09-18.
  4. ^ "The Earliest Horse Harnessing and Milking". Dicapai pada 2010-12-27.
  5. ^ Anthony, David W. (2007). The Horse, the Wheel, and Language: How Bronze Age Riders from the Eurasian Steppes Shaped the Modern World. Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-05887-0. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Benecke, Norbert (2003). "Horse exploitation in the Kazakh steppes during the Eneolithic and Bronze Age". Dalam Levine, Marsha; Renfrew, Colin; Boyle, Katie (penyunting). Prehistoric Steppe Adaptation and the Horse. Cambridge: McDonald Institute. m/s. 69–82. ISBN 1-902937-09-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  7. ^ Needham, Joseph (1986). Science and Civilization in China; Volume 4, Physics and Physical Technology, Part 2, Mechanical Engineering. Taipei: Caves Books. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ Clutton-Brock, Juliet (1992). Horse Power: A History of the Horse and the Donkey in Human Societies. Cambridge, MA: Harvard University Press. m/s. 138. ISBN 0-674-40646-X. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pembelajinakan kuda

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne