Pembentukan dan evolusi Sistem Suria dianggarkan telah bermula 4.568 bilion tahun yang lalu dengan runtuhan graviti sebahagian kecil awan molekul gergasi.[1] Kebanyakan jisim yang meruntuh dikumpulkan di tengah-tengah, membentuk Matahari, manakala bahagian yang di luar diratakan kepada cakera protoplanet yang membetuk planet, bulan, asteroid, dan lain-lain badan kecil Sistem Suria terbentuk.