Pembunuhan Abraham Lincoln

Lukisan pembunuhan. Dari kiri ke kanan ialah: Rathbone, Harris, Mary Todd Lincoln, Abraham Lincoln dan John Wilkes Booth.

Pembunuhan Abraham Lincoln merupakan salah satu peristiwa terakhir dalam Perang Saudara Amerika dan berlaku pada Good Friday, 14 April 1865. Presiden Lincoln telah ditembak mati semasa menonton babak Our American Cousin di Teater Ford, Washington, D.C.. Beliau meninggal dunia pada awal pagi hari seterusnya.[1]

Pembunuh Lincoln, John Wilkes Booth, merupakan seorang pelakon dan penyokong Negeri-negeri Gabungan Amerika dan mempunyai plot bersama orang lain untuk membunuh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, William H. Seward dan Naib Presiden Andrew Johnson. Booth berharap untuk mewujudkan kekacauan dan menggulingkan kerajaan Utara dengan melakukan ini. [2] Booth dapat membunuh Lincoln, tetapi Seward dan Johnson terselamat. Lincoln menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama dibunuh. [3] [4]

  1. ^ Presiden AS Abraham Lincoln dibunuh
  2. ^ Pembunuhan Abraham Lincoln[pautan mati kekal]
  3. ^ Swanson, James (2006). Manhunt: The 12-Day Chase for Lincoln's Killer. Harper Collins. ISBN 9780060518493.
  4. ^ Fakta tentang Abraham Lincoln

Pembunuhan Abraham Lincoln

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne