Pemerintahan Jepun di Korea 조선 (朝鮮) 大日本帝国朝鮮 (だいにっぽんていこくちょうせん) | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1910–1945 | |||||||||||
Lagu kebangsaan: Kimi ga Yoa | |||||||||||
Status | Wilayah yang diilhak Empayar Jepun | ||||||||||
Ibu negara | Seoul | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Korea, Jepun | ||||||||||
Agama | Shintōa | ||||||||||
Kerajaan | Empayar berperlembagaana | ||||||||||
Maharaja Jepun | |||||||||||
• 1910–1912 | Maharaja Meiji | ||||||||||
• 1912–1925 | Maharaja_Taishō | ||||||||||
• 1925–1945 | Maharaja Showa | ||||||||||
Gabenor-Jeneral Korea | |||||||||||
• 1910–1916 | Masatake Terauchi | ||||||||||
• 1916–1919 | Yoshimichi Hasegawa | ||||||||||
• 1919–1927 | Makoto Saito | ||||||||||
• 1927 | Kazushige Ugaki | ||||||||||
• 1927–1929 | Hanzo Yamanashi | ||||||||||
• 1929–1931 | Makoto Saito | ||||||||||
• 1931–1936 | Kazushige Ugaki | ||||||||||
• 1936–1942 | Jiro Minami | ||||||||||
Badan perundangan | Advisory Assembly | ||||||||||
• Perhimpunan Anggota-Anggota Majlis | Chūsūin (Jungchuwon) | ||||||||||
Era Sejarah | Pemerintahan Jepun di Korea | ||||||||||
18 November 1905 | |||||||||||
22 Ogos 1910 1910 | |||||||||||
1 Mac 1919 | |||||||||||
11 September 1920 | |||||||||||
29 April 1932 | |||||||||||
1940–1945 | |||||||||||
15 Ogos 1945 1945 | |||||||||||
1945 | |||||||||||
Mata wang | Yen Korea | ||||||||||
Kod ISO 3166 | KP | ||||||||||
| |||||||||||
amerujuk kepada Empayar Jepun |
Korea pernah menjadi sebahagian wilayah Empayar Jepun mulai tahun 1910 hingga tahun 1945. Penglibatan Jepun bermula dengan Perjanjian Ganghwa tahun 1876 ketika Dinasti Joseon Korea dan meningkat berikutan pembunuhan Maharani Myeongseong di tangan ejen-ejen Jepun pada tahun 1895, lalu memuncak dengan Perjanjian Eulsa tahun 1905 dan Perjanjian Pengilhakan tahun 1910, yang kedua-duanya akhirnya diisytiharkan "batal dan tidak sah" oleh kedua-dua pihak Jepun dan Korea Selatan pada tahun 1965. Sepanjang tempoh ini, meskipun Jepun membina rangkaian jalan raya dan komunikasi moden, kehidupan penduduk Korea biasa amat perit.[1]
Pemerintahan Jepun mengutamakan penjepunan Korea, mempercepat perindustrian yang dimulakan oleh Pembaharuan Gwangmu, membangunkan kerja raya, dan memerangi gerakan kemerdekaan Korea.[2][3][4] Kerja-kerja raya termasuk membangun landasan kereta api (Laluan Gyeongbu, Laluan Gyeongui, Laluan Gyeongwon, dll.) dan memperbaiki jalan dan pelabuhan utama yang menyokong pembangunan ekonomi, dan Korea mempunyai kadar pertumbuhan GNP rata-rata 4.2% selama 25 tahun antara 1912 dan 1937.[5][6]
Penguasaan Jepun terhadap Korea berakhir dengan penyerahan kalah Jepun kepada Kuasa Berikat pada tahun 1945 pada penghujung Perang Dunia II. Semenanjung Korea kemudiannya dibahagi kepada Korea Utara dan Selatan. Zaman pendudukan ini meninggalkan pertikaian yang berterusan antara Jepun dan kedua-dua Korea.