Grafik komputer tiga dimensi (3D) |
---|
Asas |
Kegunaan utama |
Topik berkaitan |
Dalam bidang grafik komputer 3D, pemodelan 3D ialah proses membangunkan gambaran berasaskan koordinat matematik bagi sebarang permukaan objek (baik yang bernyawa mahupun tidak) dalam tiga dimensi melalui perisian khusus dengan memanipulasi tepi, bucu dan poligon dalam ruang 3D yang disimulasikan.[1][2][3]
Model tiga dimensi (3D) menggambarkan jasad fizikal dengan menggunakan himpunan titik-titik dalam ruang 3D, disambungkan oleh pelbagai entiti geometri seperti segi tiga, garisan, permukaan melengkung, dan sebagainya.[4] Sebagai koleksi data (titik-titik dan maklumat lain), model 3D boleh dibuat secara manual, algoritma (pemodelan prosedur), atau dengan mengimbas.[5][6] Permukaan mereka boleh ditakrifkan lagi dengan pemetaan tekstur.