Pemulihan Meiji

Gambaran pemindahan kota diraja dari Kyoto ke Tokyo tahun 1868 oleh majalah Perancis Le Monde illustré

Sejarah Jepun

Glosari

Pemulihan Meiji (明治維新, Meiji-ishin), juga dikenali sebagai Revolusi atau Pembaharuan Meiji ialah seurutan peristiwa yang mencetuskan perubahan besar-besaran dalam struktur politik dan struktur Jepun yang berlaku pada separuh kedua abad ke-19 yang menyaksikan pengakhiran zaman Edo (atau Zaman Syogun Tokugawa Akhir) dan kebangkitan Zaman Meiji. Pemerian peristiwa penting antara tahun 1862–69 yang paling utama pernah dibuat oleh pihak asing barangkalinya terkandung dalam A Diplomat in Japan oleh Sir Ernest Satow. Pemulian ini merupakan tindak balas secara langsung kepada pembukaan Jepun oleh Kapal-kapal Hitam pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry. Pemulihan ini membolehkan Empayar Jepun bangkit sebagai kuasa besar.


Pemulihan Meiji

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne