Pendaratan Normandy

Pendaratan Normandy
Sebahagian daripada Operasi Overlord, Pertempuran Normandy

Askar Rejimen Ke-16 Infantri, Divisyen 1 Infantri A.S. meredah turun ke Pantai Omaha pada pagi 6 Jun 1944
Tarikh6 Jun 1944 (1944-06-06)
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad pihak Bersekutu[9]
Perubahan
wilayah
Lima tumpuan pantai Bersekutu didirikan di Normandy
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi[8]
Komandan dan pemimpin
Unit terlibat
Amerika Syarikat Tentera Darat Pertama

Pantai Omaha:

Kor V

Pantai Utah:

Kor VII
United Kingdom Tentera Darat Kedua

Pantai Gold

Kor XXX

Pantai Juno

Kor I

Pantai Sword

Kor I
Jerman Nazi Tentera Darat Ke-5 Panzer

Selatan Caen

Jerman Nazi Tentera Darat Ke-7

Omaha

Pantai Utah

Gold, Juno, dan Sword

Kekuatan
156,000[a] 50,350+[10]
170 laras meriam artileri pantai. Termasuk meriam dari 100mm hingga 210mm, serta 320mm pelancar roket.[11]
Kerugian dan korban
10,000+ kasualti; 4,414 disahkan mati[b] 4,000–9,000 kasualti[12]

Pendaratan Normandy (nama kod Operasi Neptune) ialah operasi pendaratan yang berlaku pada hari Selasa, 6 Jun 1944 (disebut D-Day) semasa penyerbuan pihak Bersekutu terhadap Normandy dalam Operasi Overlord semasa Perang Dunia II. Operasi ini merupakan penyerbuan melalui laut terbesar dalam sejarah. Operasi ini menandakan permulaan pembebasan barat laut Eropah daripada penguasaan Nazi, dan menyumbang kepada kemenangan Bersekutu di Barisan Barat.

Perancangan operasi ini bermula pada tahun 1943. Berbulan-bulan sebelum penyerbuan itu, pihak Bersekutu menjalankan muslihat tentera yang besar, yang diberi nama kod Operasi Bodyguard, untuk mengelirukan pihak Jerman tentang tarikh dan lokasi utama pendaratan Bersekutu. Cuaca pada D-Day adalah kurang unggul, tetapi penangguhan akan menimbulkan kelewatan sekurang-kurangnya dua minggu kerana para perancang operasi penyerbuan menunggu isyarat bulan penuh, pasang surut laut, dan waktu siang pada setiap awal bulan yang dianggap sesuai. Adolf Hitler meletakkan Fil Marsyal Erwin Rommel sebagai pemerintah tentera Jerman dan membina barisan kubu di sepanjang Tembok Atlantik bagi menentang penyerbuan tentera Bersekutu.

Pendaratan amfibia didahului oleh pengeboman udara dan laut besar-besaran dan serangan payung terjun—iaitu pendaratan 24,000 askar Amerika, askar payung terjun British, dan Kanada sejurus selepas tengah malam. Divisyen infantri dan kenderaan berperisai mula mendarat di pantai Perancis pada jam 06:30. Kawasan seluas 50-batu (80 km) pantai Normandy telah dibahagikan kepada lima sektor: Utah, Omaha, Gold, Juno, dan Sword. Angin kencang meniup kapal pendaratan ke timur dari posisi objektif mereka, terutamanya di Utah dan Omaha. Askar mendarat di bawah tembakan bertalu-talu dari tapak senjata yang menghadap ke pantai, dan periuk api ditanam dan dipenuhi dengan halangan seperti pancang kayu, tripod besi, dan dawai berduri, menjadikan tugas-tugas pasukan penyerbuan pantai amat sukar dan berbahaya. Mangsa korban sangat tinggi di Omaha, berserta tebing yang tinggi. Di Gold, Juno, dan Sword, beberapa pekan berkubu telah dibersihkan dalam pertempuran rumah ke rumah, dan dua tapak meriam utama di Gold telah dilumpuhkan dengan menggunakan kereta kebal khusus.

Pihak Sekutu gagal mencapai sebarang objektif mereka pada hari pertama. Carentan, St. Lô, dan Bayeux kekal di tangan Jerman, dan Caen, objektif utama, tidak ditawan sehingga 21 Julai. Hanya dua pantai (Juno dan Gold) dihubungkan pada hari pertama, dan kelima-lima tumpuan pantai tidak dihubungkan sehingga 12 Jun. Namun, operasi itu berjaya bertapak di mana pihak Bersekutu secara perlahan-lahan menguasai keseluruhan kawasan beberapa bulan kemudian. Kasualti pihak Jerman pada D-Day dianggarkan sekitar 4,000 hingga 9,000 orang. Korban perang pihak Sekutu sekurang-kurangnya 10,000 orang, dengan 4,414 orang disahkan terkorban.

Muzium, memorial, dan tanah perkuburan perang di kawasan itu kini menerima ramai pelawat setiap tahun.

  1. ^ a b c Ford & Zaloga 2009, m/s. 25.
  2. ^ a b Beevor 2009, m/s. 76.
  3. ^ a b Williams 1988, m/s. x.
  4. ^ Beevor 2009, m/s. 492.
  5. ^ Wenande 2014.
  6. ^ a b c Beevor 2009, m/s. 82.
  7. ^ US Navy website.
  8. ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 7.
  9. ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 342.
  10. ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 60, 63, 118–120.
  11. ^ Zaloga & Johnson 2005, m/s. 29.
  12. ^ Portsmouth Museum Services.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Pendaratan Normandy

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne